Bekas Timbalan Datuk Bandar di China Dihukum Mati Ambil Rasuah. Di Malaysia, Jerung Besar Semakin Rakus Ambil Rasuah
Saya tidak mahu menaip panjang-panjang tentang berita ini. Menurut Shanghai Daily, bekas Timbalan Datuk Bandar Zhejiang, China telah dijatuhi hukuman mati kerana menerima rasuah sebanyak 145 million yuan (RM67 juta), menggelapkan 53 million yuan (RM24.5 juta) dan menyalahgunakan kuasa.
Xu Maiyong, 52, yang turut digelar "Triple Plenty Xu" kerana kekayaannya menerima hukuman tersebut daripada sebuah mahkamah di Ningbo.
Di Malaysia, jerung yang menerima rasuah masih selamat dan bahagia dengan hasil rasuah yang diterima. Yang menerima hukuman hanyalah ikan bilis. Orang yang menerima rasuah RM500 juta yang kononnya komisen perkhidmatan untuk membeli kapal selam masih lagi bebas, begitu juga lahanat yang menibai duit rakyat melalui projek PKFZ. Selain itu, jerung besar yang merompak berbilion-bilion duit rakyat sejak sekian lama masih lagi bebas dan wang rasuah inilah yang digunakan oleh mereka untuk menanggung anak cucu sehingga tujuh keturunan.
P/s: Lahanat!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.