Menteri Letak Jawatan kerana Dakwaan Penderaan Seksual
Berita AFP melaporkan seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan yang membabitkannya dengan kes penderaan seksual. Kes ini didedahkan kepada umum dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks.
Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar. Namun, beliau menegaskan akan akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy.
Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar. Namun, beliau menegaskan akan akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy.
Beliau meletak jawatan selepas pendakwa raya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal berkaitan dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan rogol terhadapnya.
P/s: Di Malaysia, bekas menteri kanan yang didakwa meraba punggung seorang wanita (kes ditutup selepas mangsa menarik laporan polis yang telah dibuat - berkemungkinan dibayar fulus) masih lagi enak memegang jawatan kerajaan. Begitu juga tokoh politik yang didakwa merogol gadis bawah umur, masih lagi enak menerajui agensi kerajaan. Terbaru, menteri yang berada dalam kabinet Najib... anda sambung...
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.