Keju & Mentega Tidak Mendatangkan Risiko Sakit Jantung
Berita baik untuk penggemar keju dan mentega. Saintis mendapati pengambilan keju dan mentega dalam jumlah yang besar tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.
Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3,630 lelaki warga Costa Rica yang memakan lebih setengah kilogram keju didapati tidak menderita masalah terbabit.
Pakar pemakanan Universiti Brown, Amerika Syarikat, Stella Aslibekyan berkata, zat makanan yang ditemukan dalam produk tenusu berkenaan sebenarnya mampu melawan penyakit bahaya itu.
“Produk seperti susu dan keju adalah zat yang sangat kompleks. Kami mendapati zat makanan seperti kalsium, vitamin D, dan kalium mampu melindungi orang ramai daripada penyakit jantung,” katanya.
Selain itu, kajian terbabit turut mendapati jumlah bahan tenusu yang diambil pesakit jantung tidak berbeza daripada orang yang tiada masalah penyakit itu.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.