Laporan awal (dakwaan pemuda ini dibelasah) fasal kes ini boleh dibaca
di sini.
Saya petik:
Ugut tembak kalau tak kahwin
[HM] SUNGAI PETANI: “Dakwaan lelaki itu mengatakan dia dibogelkan serta dibelasah dengan kayu dan pisau selain disumbat dalam but kereta tidak benar, sebaliknya dia sebenarnya menculik anak saya dan memaksa menikahinya di Thailand.”
Begitu kata Shafie Ishak, 48, bapa kepada gadis dikenali sebagai Sha, 23, yang didakwa dilarikan lelaki terbabit, Mohd Azhar Aziz, 31, ke negara jiran seminggu lalu sehingga menyebabkan dia dibelasah lebih 40 lelaki termasuk penduduk kampung pada awal pagi Khamis lalu.
Shafie berkata, apa yang didakwa Mohd Azhar adalah palsu dan rekaan semata-mata kerana tiada seorang pun daripada lelaki yang membelasahnya di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, menggunakan kayu atau pisau, sebaliknya hanya dengan tangan saja.
Menurutnya, dia juga tidak menafikan mangsa dibelasah sekumpulan lebih 70 lelaki berbanding 40 orang seperti didakwanya, tetapi tidak pasti siapa yang berbuat demikian kerana keadaan gelap pada ketika itu.
“Malah, luka pada lengan dan kaki yang didakwa dikelar ketika kejadian terbabit adalah bohong.
“Sebenarnya luka itu dilakukannya sendiri ketika membawa lari anak gadis saya pada pagi 17 Mei lalu kerana mereka dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
P/s: Oleh sebab, polisi HM kini tidak menyiarkan berita sensasi sepenuhnya, maka DCM tidak dapatlah menyiarkan berita penuh berkaitan dengan kes ini. Komen saya, lelaki yang mendakwa anak perempuannya diculik dan dilarikan itu sudah menyatakan secara jelas unsur jenayah yang melibatkan pemuda itu. Laporkan kepada polis jika belum, biarkanlah mereka menyelesaikannya.
Ada ustaz kata, tak sah nikah yang dilakukan kalau larikan anak dara orang walaupun melebihi 2 marhalah, kerana perempuan itu dirampas dari walinya.
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mei 24, 2011 2:52:00 PTGKalau zaman dulu, larikan anak dara orang bawa jumpa tok kadi je. Tok kadi akan hubung wali kalau si dara memang tergedik sangat nak nikah, kalau wali tak setuju baru wali hakim diguna pakai. Tu pun pastikah perkahwinan itu bahagia?
Jadi sesiapa yang pernah buat perkara macam tu cuba-cubalah rujuk dengan ahli dalam hal nikah kawin ni.