[Kemas Kini] Kabinet TANGGUH Keputusan Kurangkan Subsidi Rakyat Marhaen?
Saya petik:
[MK] Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.
Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.
Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.
Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.
Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.
Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.
Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.
[TMI] KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.
Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.
“Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin,” katanya ketika dihubungi.
P/s: Sekurang-kurangnya serangan terhadap usaha BN menaikkan harga minyak dan bil utiliti di blog dan di media PR berjaya menggerunkan BN. Walaupun penangguhan itu untuk sehari dua atau sebulan dua, namun hal itu tetap suatu kejayaan. Tahniah!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.