Isteri Curang Hantar 600 SMS Lucah kepada Isteri Kekasih Gelapnya
Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] KOTA KINABALU: Seorang isteri pegawai kanan kerajaan di sini, bukan saja curang kepada suaminya, malah tanpa segan silu menghantar lebih 600 khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada isteri ‘kekasih gelapnya’ bertujuan menyakitkan hati wanita terbabit supaya meninggalkan suaminya.
Selain SMS, isteri curang itu turut menghantar mesej bergambar membabitkan aksi ghairah dia bersama kekasih gelapnya itu kepada wanita terbabit sejak awal tahun ini.
Kegiatan isteri itu dengan kekasih gelapnya berusia 30-an itu terbongkar selepas pasangan terbabit dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di ibu negara, April lalu.
Pembongkaran itu bermula selepas pegawai kanan itu curiga apabila isterinya mahu ke Kuala Lumpur kononnya atas urusan kerja dan pada masa sama mendapat maklumat kekasih gelap isterinya itu turut mahu ke ibu kota.
Pegawai kanan kerajaan yang mahu dikenali Rahim, 30-an, berkata, SMS berbaur lucah dihantar isterinya itu dihantar kepada kekasih gelapnya yang sudah mempunyai dua anak sejak mereka berkenalan selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Semporna, Disember tahun lalu....
P/s: Satu lagi kes perempuan gila berahi dengan suami orang!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.