Di Congo, 48 Wanita Dirogol Setiap Jam
Congo mungkin tempat yang paling mengerikan dan menggerunkan untuk kaum Hawa, lapor berita Agensi. Dengan kata lain, Congo mungkin neraka bagi kaum wanita. Berdasarkan kajian, 1 152 wanita dirogol di sana setiap HARI. Hal ini bermakna sebanyak 48 wanita dirogol setiap jam. Data ini diperoleh berdasarkan temu bual secara bersemuka dengan mangsa.
Michelle Hindin, Prof Madya di Johns Hopkins' Bloomberg School of Public Health berkata, jumlah mangsa mungkin lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan itu.
Berdasarkan statistik, Congo yang mempunyai rakyat sekitar 70 juta menyamai saiz penduduk di Eropah Barat sering dihantui perang saudara. Kumpula militia yang menguasai kawasan tertentu menggunakan pendekatan rogol untuk memusnahkan sesebuah komuniti.
Untuk pengetahuan pembaca DCM, analisis yang telah disiarkan dalam American Journal of Public Health menunjukkan lebih 400,000 wanita telah diperkosa di Congo dalam tempoh 12 bulan (2006-2007).
Secara purata, 29 daripada 1000 wanita Congo diperkosa di seluruh negara. Kawasan yang mempunyai kes rogol tertinggi ialah Kivu Utara, sebanyak 67 daripada 1000 wanita dirogol di situ.
P/s: Gila!!!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.