Saya petik:
[Bernama] KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.
Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin di hadapan LTSM.
Dia dituduh mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.
Mahkamah menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
P/s: Berani tidak bertempat!
hm, bahaya gak polis zaman la ni. tak boleh buat main. depa ada kuasa nak saman sapa2.
Comment by Jαnnαhツ @ Khamis, Jun 09, 2011 10:46:00 PTGPolis bodohkan orang awam xper pulak...besar kepala
Comment by isdol @ Ahad, Ogos 04, 2013 3:11:00 PTG