Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 20 Jun 2012

[Video] Debat Salahudin-Saifuddin


Sebanyak 82 peratus pembaca Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah  konstruktif berbanding dengan Saifuddin dalam Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuhkan Demokrasi.
 
Daripada 2786 peserta tinjauan, sebanyak 2274 daripada mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifuddin.

Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam tinjauan yang bertajuk 'Hujah Siapa yang Anda Lihat Konstruktif'.






 Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

[SH] SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.

Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.


Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

“Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

“ Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,” katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya.


Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi
[SH] SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menolak keras demonstrasi jalanan adalah cara yang terbaik untuk mengukuhkan demokrasi kerana pendekatan sedemikian hanya boleh mengganggu ketenteraman awam dan hak rakyat.

“Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan),” kata beliau ketika berhujah pada Debat Sinar bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" di sini, malam ini.

Beliau memberi contoh insiden yang terjadi ketika perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, pelbagai jenis risiko seperti kecederaan boleh berlaku khususnya ke atas mereka yang menyertai demonstrasi jalanan.

Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan rakyat negara ini melalui pelbagai cara.

“Kita seharusnya menjadi lebih liberal dengan meggunakan medium media baru seperti Twitter, Facebook dan mengadakan perundingan untuk mencapai dan mengukuhkan demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Beliau turut bertegas agar rakyat perlu mengukuhkan demokrasi dengan cara menguasai ilmu pengetahuan dan beliau turut mengimpikan agar dapat memajukan anak bangsa Malaysia.

“Walau bagaimanapun demokrasi perlu dikukuhkan dengan cara yang lebih matang dan progresif agar negara kekal aman dan untuk mencapai misi ini, kita mesti mempunyai cara tersendiri,” kata beliau ketika membalas hujah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan kerana rakyat sendiri perlu tahu menggunakan ruang dan medium lain bagi menyuarakan sebarang perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah.

“Jika ada sebarang perbezaan pendapat dalam politik, kita perlu menggunakan cara debat atau berbincang secara baik, jika ada sebarang kesilapan, kita boleh betulkan bersama-sama secara sopan, bukan menggunakan emosi,” tegas beliau.

“Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana kerajaan sedia maklum dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu gadaikan keselamatan orang awam dengan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, beliau sendiri tidak nampak sebarang bentuk penyelesaian masalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan ini kerana ia jelas tidak dapat mengukuhkan demokrasi.

Katanya lagi, pilihan raya yang diadakan di negara ini juga merupakan hak dan pilihan rakyat dan oleh itu, kemenangan rakyat menjadi isu pokok, bukan isu kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

Debat Sinar berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Debat Sinar ini, yang kedua dianjurkan oleh Sinar Harian, bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".

Debat Sinar pertama diadakan bulan lalu. 


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH