Bapa Penggal Leher Anak yang Didakwa Terlebih Sosial
[HM] JAIPUR: Seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya dan diarak sekeliling kampung kerana berang anaknya itu menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki, kata polis di barat Rajasthan, semalam.
Oghad Singh, pekerja kuari batu marmar, menggunakan pedang untuk memenggal kepala anaknya, Manju, 22 tahun, yang sudah berkahwin tiga tahun lalu tetapi berpisah dengan suaminya.
Superintendan polis daerah Rajsamand yang terletak 330 kilometer dari Jaipur, Rahul Katkey berkata,
“Tertuduh terganggu dengan hubungan sulit anak perempuannya lalu mengambil langkah yang melampau itu.”
Oghad keluar dari rumahnya Ahad lalu sambil memegang kepala anaknya manakala sebelah tangan lagi memegang pedang dipenuhi darah sebelum jiran memujuknya untuk menyerah diri di kampung Doongar Ji Ka Gurha yang terpencil.
Oghad keluar dari rumahnya Ahad lalu sambil memegang kepala anaknya manakala sebelah tangan lagi memegang pedang dipenuhi darah sebelum jiran memujuknya untuk menyerah diri di kampung Doongar Ji Ka Gurha yang terpencil.
Polis berkata, dalam kenyataan, Oghad berkata, dia berkali-kali merayu kepada anaknya supaya menghentikan hubungan sulitnya dan duduk di rumah, dan dia juga tidak menunjukkan tanda menyesal selepas membunuh anak perempuannya itu.
Katkey berkata, sebaik saja Oghad ditahan, dia memberitahu pegawai polis dia membunuh anaknya dalam keadaan marah kerana anaknya itu “menyebabkan dia dimalukan dalam masyarakat.” - AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.