Lelaki Rabun Didakwa Cabul 2 Orang Gadis Serentak
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang mengalami masalah rabun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul dua gadis di lokasi dan waktu yang sama, tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Aziz Ab Rahman, 45, dari Jalan Panji Alam, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang turut menghidap penyakit kencing manis dan jantung itu didakwa pada 21 September 2005 jam lebih kurang jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Tanah Lot Batu 10, Gong Badak, di sini, telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang ketika itu berusia 24 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan jenayah sama terhadap seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun di lokasi dan waktu yang sama.
Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Noradila kemudiannya menetapkan 15 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.