Tentera Israel Mogok Lapar Sokong Tahanan Palestine
[HM] BAITULMAQDIS: Seorang tentera Israel yang enggan bertugas di Palestin, memulakan mogok lapar di penjara bagi menunjukkan sokongannya terhadap tahanan tanpa bicara rejim Zionis, lapor akhbar semalam.
Menurut Haaretz, Yaniv Mazor, 31, dipenjara 20 hari mulai minggu lalu kerana enggan menjalankan tugas berdepan dengan penunjuk perasaan di penempatan haram Yahudi di kawasan Palestin.
Peguam Mazor berkata, tentera simpanan itu memulakan mogok lapar sehari selepas ditahan.
“Mogok itu dibuat bagi mengalih perhatian daripada situasi sendiri kepada sokongan terhadap tahanan tanpa bicara Israel,” katanya. Pada 14 Mei lalu, 1,550 warga Palestin yang dijel Zionis menamatkan mogok lapar mereka.
Bagaimanapun, segelintir lagi meneruskannya, termasuk pemain bola sepak, Mahmud Sarsak, 25, yang mogok sejak lebih 80 hari lalu. - AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.