Lelaki Ceroboh Rumah, Samun, Rogol Kemudian Nasihat Mangsa
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun bukan saja dirogol seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Sungai Pelek, Sepang, malah turut diberikan nasihat oleh suspek supaya mengunci pintu jeriji rumah bagi mengelakkan diceroboh lelaki lain dalam kejadian Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pisau pada mulanya berniat merompak rumah berkenaan, namun mengubah fikiran dengan merogol wanita berkenaan sebanyak dua kali dipercayai selepas terpikat melihat wajah mangsa.
Malah, selepas merogol mangsa, suspek yang berusia 20-an turut memaksa wanita itu menyerahkan nombor telefon bimbitnya dengan alasan mahu menghubungi mangsa selain dipercayai akan kembali ke rumah berkenaan.
Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur bersendirian dalam bilik di rumahnya sebelum terjaga apabila dikejutkan lelaki tidak dikenali.
“Mangsa pada mulanya mahu menjerit, namun diugut lelaki itu supaya berdiam diri jika tidak mahu dicederakan kerana suspek membawa sebilah pisau yang diacukan pada badan mangsa.
“Suspek juga dikatakan menutup muka mangsa dengan tudung selain mengikat kedua-dua tangan wanita itu bagi memudahkannya untuk merompak,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, tidak lama kemudian, suspek mengubah fikiran dan memaksa mangsa membuka pakaian sebelum merogolnya sebanyak dua kali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

P/s: Lahanat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.