[Video] Kisah SEDIH Tan Sri P. Ramlee Ketika di Penghujung Usia
Menurut suara latar dokumentari History Channel, Tan Sri P Ramlee meninggal dunia dalam keadaan "broke & broken". Hal ini dibuktikan apabila seorang daripada rakannya mendakwa Puan Sri Saloma tidak mempunyai wang untuk mengurus pengebumian suaminya. Malah Datuk Aziz Sattar pernah melihat rakan baiknya itu makan nasi berlaukkan telur goreng. Selain hidup yang melarat, Allahyarham juga dilaporkan dipulau, diperkecilkan, dan dipinggirkan oleh kawan, wartawan, stesen TV, penggiat industri seni, dan rakyat Malaysia pada ketika itu.
Dokumentari ini mendedahkan kisah sedih P. Ramlee sewaktu di penghujung usia. Malah dokumentari ini memerihalkan hipokrisi dan "pengkhianatan" kawan, lawan, kerajaan, kapitalis muzik, dan kapitalis filem terhadap seniman agung yang kini diangkat dan dijulang dalam bidang seni.

Ada beberapa kenyataan rakan dan saudara-mara Allahyarham yang mendedahkan hal sebenar yang berlaku kepada Allahyarham sebelum meninggal dunia. Antaranya Mariani berkata: "Mungkin kalau dia masih hidup, dia dapat Tan Sri ini saya banggalah. Saya kata. Tapi sekarang saya tak rasa apa-apa. Saya rasa sedih....Semasa dia hidup tak ada orang pedulikan dia."
Tanpa menonton dokumentari ini, rasanya majoriti generasi selepas P. Ramlee tidak mengetahui hal yang berlaku kepada beliau. Dalam gelak ketawa menonton filem lakonan dan arahannya, rupa-rupanya seniman agung ini "menderita" pada tahun-tahun terakhir sebelum beliau meninggal dunia pada usia 45 tahun.
Al- fatihah!-DCM
Lagu terakhir Allahyarham:

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.