Atuk Kecewa, Cinta Dipermainkan Oleh Remaja 16 Tahun
[HM] REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.
“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.
“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

P/s: Aduhai, atuk!
Kemas Kini:
[HM] MELAKA: Duda warga emas yang membuat laporan polis selepas mendakwa kecewa dan berasa tertipu dengan permainan cinta seorang remaja perempuan tidak bercadang mengambil tindakan mahkamah menuntut semula wang dan barangan yang dibelikan untuk remaja berkenaan.
Mohd Adnan Hamid, 60, yang mengakui masih menaruh harapan hubungannya dengan remaja itu kembali bertaut berkata, dia berserah kepada Allah jika ada jodoh dan enggan memperbesarkan perkara itu.
Katanya, selepas berita mengenai dirinya disiarkan akhbar ini, dia tidak terfikir mengambil tindakan undang-undang biarpun gagal mendapat semula wang dan barangan berkenaan.
“Saya bukan zalim sangat untuk mengambil semula wang dan barangan diberikan kepada dia. Selepas berita disiarkan, ibunya menelefon saya pagi tadi untuk memulangkan semula barangan yang pernah saya belikan untuk anaknya tetapi saya tak mahu terima.
“Mungkin ketika membuat laporan polis, saya amat marah dan kecewa. Buat masa ini, biar masing-masing reda dulu, jika ada jodoh, mungkin kami akan berbincang semula,” katanya ketika dihubungi.
Akhbar ini, semalam melaporkan, selepas 29 tahun menduda, warga emas anak tiga terbuka hati untuk menikahi gadis berusia 16 tahun, malah sanggup menunggu remaja itu habis belajar untuk meminangnya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.