Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 4 Januari 2011

Tolak Pindaan Kembalikan Kuasa Sultan Tunjukkan Wajah Sebenar UMCO terhadap Institusi Raja


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.

“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.

“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.
Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.

“Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut,” kata menteri pusat ini....-G Manimaran

Saya malas menulis panjang.

Kenyataan Noh Omar membuktikan bahawa Sultan tiada kuasa eksekutif untuk melantik SUK dan sekaligus menafikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor yang disiarkan dalam Utusan hari ini. (Sebenarnya, kiriman blog ini pagi tadi sudah mengesahkannya, cuma kali ini pengesahan itu datang dari mulut orang UMCO).

Kenyataan ini juga menunjukkan wajah sebenar UMCO terhadap institusi raja di negara ini. Noh Omar secara jelas menyatakan bahawa BN Selangor tidak akan menyokong pindaan yang bakal dibuat pada Sidang DUN Tergempar yang dijangka diadakan lewat bulan ini. Mereka saban hari menuduh DAP dan PR mengancam, menghina institusi raja, namun apabila langkah diambil untuk mengembalikan hak raja (dirampas oleh UMCO pada tahun 1993) mereka menidak dan menolak langkah itu. Apa lagi bukti untuk membuktikan pihak mana yang sebenarnya menderhaka kepada raja?

Ada apa-apa lagi mahu anda tambah? Sila kemukakan di ruang komen!



  1. Sekiranya ahli-ahli DUN Selangor dari UMNO/BN menolak cadangan mengembalikan "kuasa" kepada Sultan,bermakna mereka derhaka terhadap DYMM Sultan Selangor. Kuasa Raja-Raja Melayu sudah dihapuskan oleh UMNO(Mahathir Kutty) pada tahun 1993,sekarang UMNO Selangor hendak mempertahankan angkara Mahathir Kutty.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 04, 2011 11:19:00 PTG      
  2. AGENDA PERANCANGAN UMNO/BN takkan menjadi..jerat akan makan tuannya..kekeke...kita bagi tokwan det menangis..kerana perbuatan tangann2 yang lalu..

    gravatar Comment by azimi @ Rabu, Januari 05, 2011 4:20:00 PG      
  3. Saya bersetuju.... jelas ketakutan UMNO apabila sidang tergempar dewan diadakan.... Andainya mereka menolah usul ini bermakna mereka sememangnya tidak memerpersetujui Raja diberi kuasa..... Siapa perderhaka yang sebenar...... Cuba Rakyat berfikir..... Siapa yang cuba memperondakan Rakyat Selangor.... Bodoh betul......

    gravatar Comment by MIBU BULAN. @ Rabu, Januari 05, 2011 10:16:00 PG      
  4. kasi clear ini sampah sarap supaya air senang lalu, darah pun mengalir dengan sempurna. wassallam.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Januari 05, 2011 10:19:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH