[Kemas kini] Drama Tebusan: 30 Murid, 3 Guru Tadika di Muar Selamat
Bernama melaporkan tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini.
Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.
Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.
P/s: Pihak polis perlu memantau aktiviti jenayah daripada memantau BERSIH yang mahu berhimpun dengan aman!
Kemas Kini:
[Mstar] MUAR: Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.
Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit....
Lelaki Amuk Meningggal Dunia
[Bernama] MUAR: Seorang lelaki, yang cedera ditembak polis semasa menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 9.15 malam ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.