Kabinet Tidak Benarkan Astro Naik Tarif Jika...
Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Kabinet yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya semalam, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan tarif perkhidmatan mereka.
“Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di Angkasapuri.
Beliau berkata, setakat ini Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.
“Notis yang dikeluarkan Astro itu bertentangan undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya sudah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.
Menjelaskan maksud ‘tindakan sewajarnya’, Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.
Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
P/s: Adakah ini wayang semata-mata? Kata Rais Astro tidak dibenarkan menaikan tarif TANPA mendapat persetujuan SKMM. Jika dalam seminggu atau sebulan akan datang SKMM meluluskan kenaikan tarif itu, maka kenaikan yang hangat diperkatakan ini akan menjadi kenyataan.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.