Menafikan Pengorbanan Polis pada Zaman Inggeris adalah Dosa yang Tidak Dapat DIAMPUN? Biar Betul PM Najib?
WOW!!!!
Baca...
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan mana-mana pihak yang cuba menafikan pengorbanan anggota polis terutama di waktu keganasan komunis dulu dianggap satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ia umpama mengkhianati perjuangan dan jasa perwira negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berasa hairan dan pelik apabila ada orang cuba mengagungkan kumpulan komunis sebagai pejuang nasionalis serta menidakkan jasa polis dan tentera yang berjuang bermati-matian bagi memastikan keamanan negara terjaga.
“Menyalah tafsirkan sejarah dan menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan.“Polis sebenarnya mempunyai bukti kukuh Mat Indera ialah pengganas komunis berdasarkan satu rakaman temubual malah menerusi rakaman itu, dia mengaku terbabit merancang dan menembak mati anggota polis dalam serangan di Bukit Kepong.
“Dalam buku bertajuk Dialogues with Chin Peng: New light on the Malayan Communist Party juga memuatkan pengakuan Chin Peng bahawa Mat Indera ialah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi ada pihak yang mengagungkan mereka.
“Walau apapun muslihat pihak terbabit, kerajaan tetap akan mempertahankan jasa perwira negara sampai bila-bila,” katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam....
Fikirkan!
Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.
Polis upahan British ini juga bertanggungjawab menangkap dan menjalankan hukuman terhadap pahlawan Melayu yang lain seperti Tuk Janggut dan sebagainya.
Siapa pengkhianat, siapa pejuang?
Gila ke apa JIB weiii...mu ingat mu b-end Tuhan ko?dosa pahala hanya Allah s.w.t. Yang Lebih Mengetahui...
Comment by TaTJ @ Isnin, Oktober 24, 2011 12:41:00 PTG