100 Orang Hadiri Ceramah DSAI & Nizar di Batu Caves?
Saya petik satu "thread" daripada sebuah laman forum. Kata pengirimnya, ceramah DSAI & Geng di Batu Caves Selangor hanya dihadiri sekitar 100 orang sahaja. Tambahnya, banyak kerusi kosong dan harapkan polis sahaja yang banyak di luar kawasan ceramah. Isi kandungan "thread" itu seperti yang berikut:
Untuk Hebahan Segera...
11 Feb 2010 (Khamis)
Jam 9.00 ?12.00 Malam
LOKASI :
Dewan Kompleks Sukan Sri Siantan
Jalan Sungai Tua
Batu Cave, Selangor
PENCERAMAH:
1.YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2.YB Azmin Ali
3.YB William Leong Chee Kian
4.YB Nizar Jamaluddin
busannya aku pegi tadi... ceramah dari anwar, nizar, gobind deo tiada sambutan dari rakyat tempatan... betul lah rakyat sudah menampakkan beralih arah... sedihnya...
hanya dalam lingkungan 100 org jerk kot yg datang denagr ceramah.. byk kusi2 pun kosong, harap polis jerk melambak-lambak kat luar....
maybe tiada hebahan atau promosi laa menyebabkan tiada sambutan ...
SAAT KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT - RAKYAT DAH MENOLAK......
aku dengan ini nak join umno laa plak sebab takder sambutan...
berubah laa PR...
Saya sebenarnya tidak pergi pun ke majlis itu. Pengirim "thread" di atas mengaku dirinya pergi ke majlis tersebut. Jika dilihat pada pengakuannya hendak masuk UMNO, maka jelaslah ini satu permainan "cybertrooper" UBN. Yang menariknya, si pengirim menonjolkan "SAAT KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT-RAKYAT DAH MENOLAK...". Siapa yang jatuh, bro?
Kepada pihak yang terpengaruh dengan propaganda seperti kiriman atau "thread" di atas, sila lihat gambar-gambar yang saya salin dan tampal dari blog FromPerakWithLove di bawah ini.
Cuba kira! Lebih seratus atau tidak sampai pun seratus?
Berkaitan:
* 3000 banjiri dewan dengar ceramah Anwar
Ini kerja Cyber-bloopers UMNO. Kah kah kah. Bengong.
Comment by Muzika Akustika @ Jumaat, Februari 12, 2010 4:46:00 PTG