Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 12 Februari 2010

[Kemas Kini] Fasal itu pun nak kecoh! Fasal ini tidak kecoh pula?



Mereka dok kecoh fasal Kerajaan Pulau Pinang (PP) membatalkan perarakan Maulidur Rasul, ulang semula, perarakan. Memang berita ini sedikit mengelirukan. Sekilas pandang, umpama terbaca Kerajaan PP membatalkan Maulidur Rasul.

Pembatalan tersebut mungkin ada sebab yang munasabah. Tambahan pula sambutan Maulidur Rasul kali ini jatuh pada hari Jumaat. Lagipun "kerajaan negeri mahu membuat kelainan pada sambutan kali ini". Tunggulah penjelasan lanjut pihak yang terbabit.

Pengisian terbaik bagi menyambut hari yang mulia ini seperti yang saya warnakan pada petikan berita di bawah ini, bukannya seperti yang dikecohkan dalam berita di bawah ini.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah PP ada-ada sahaja perkara yang tidak kena. Melayu terpinggir la, Melayu ditindas la....Hairan! Selama 50 tahun lebih BN memerintah Pulau Pinang, bagaimana nasib Melayu di sana? Kaya-rayakah Melayu di sana? Terbelakah majoriti Melayu di sana?


Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan Maulidur Rasul

PULAU PINANG 11 Feb. – Tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun amat dikesali.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, beliau kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang dilihat tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam

Tegas beliau, sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbiran, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

‘‘Kita kecewa dan kesal kerana walau apa pun alasannya, kerajaan negeri boleh membuat perancangan awal dan tidak mustahil ia dilakukan melalui sistem CAT yang mereka uar-uarkan selama ini.

‘‘Kalau alasan sambutan jatuh pada hari Jumaat dan khuatir tergesa-gesa untuk menunaikan solat jemaah, mereka boleh buat di Masjid Negeri dan kawasan masjid ini cukup luas dan mampu menampung jumlah orang yang ramai.

‘‘Jika alasan tiada bajet, berapa sen sangat untuk membeli sebungkus makanan dan minuman untuk para peserta perarakan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.

Pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, alasan yang diberikan adalah kerajaan negeri mahu membuat kelainan pada sambutan kali ini.

Selain itu, pada tahun ini juga kerajaan negeri tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Dalam pada itu Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim ketika dihubungi memberitahu, beliau akan memberikan maklumat mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.

‘‘Saya akan mengumumkan maklumat terperinci sedikit masa lagi,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menerusi laman webnya memaparkan atur cara majlis perhimpunan ummah yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi.

Antara yang bakal diadakan adalah bacaan al-Quran, persembahan nasyid, pelancaran program e-Munakahat dan forum perdana....


Yang peliknya berita fasal ini tidak ada pula dilaporkan pada halaman utama akhbar tersebut. Fasal apa tidak mahu kecoh tentang hal ini? Berbilion duit rakyat digunakan untuk membeli kapal selam ini. Komisen sahaja menjejah ratusan juta ringgit. Itu belum lagi menyentuh perkara yang lebih sensitif.

Rosak? Barang baru sudah rosak? Oh, lupa, barang "recon". "Recon" bukan sebarang "recon", duit komisennya sahaja sudah boleh menjadi bajet sebuah negeri di Malaysia! Masih ada warranty lagi? Kalau tidak melayang lagilah duit rakyat.




Bayangkan kapal selam tidak boleh menyelam, umpama lelaki yang tidak boleh "berdayung", umpama ikan tidak boleh menyelam, umpama kuda tidak boleh berlari!
Apalah malangnya nasib 1Malaysia!

Scorpene tidak boleh menyelam


KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di pangkalan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia di Pulau Indah, Klang pada September tahun lalu.



KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya...


Kemas Kini 13/2:
Alahai Utusan...
* Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul
PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas....klik petikan untuk bacaan lanjut.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH