Cerita Lawak: Zambry Cabar Pembangkang Kosongkan Kerusi DUN Perak
Rasa lucu apabila membaca berita di bawah ini. Diberitakan bahawa Datuk Zambry Abd Kadir mencabar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dan ADUN pembangkang yang lain mengosongkan kerusi mereka agar pilihan raya kecil dapat diadakan di Perak. Langkah itu katanya, untuk memastikan sama ada pembangkang (siapa pembangkang?) di negeri itu masih popular atau tidak dalam kalangan rakyat di negeri itu. Walhal kalau Datuk Nizar & geng mengosongkan kerusi mereka, maka secara automatiknya mereka tidak layak pula bertanding di kerusi DUN tadi. Bukankah itu peraturan pilihan raya. Ini cadangan yang tidak masuk akal.
BUBARKAN DUN. Ada berani? Itulah masalahnya kalau berani bersuara tetapi tidak berani melaksanakannya! Janganlah menjadi "pipit yang hendak menjadi enggang"!
[BH] Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di Perak.
Beliau berkata, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.
Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya...- Bernama
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.