Fuh, 1.6 kg Dadah Disimpan di dalam Alat Sulit Wanita!
Saya tidak mahu menyentuh tentang kebodohan gadis-gadis yang menjadi mangsa dan tipu muslihat sindiket dadah antarabangsa yang mengejar keuntungan dalam bisnes dadah. Saya cuma "kagum" dengan "kebijaksanaan" sindiket tersebut menyeludup dadah ke sesebuah negara. Modus operandi yang digunakan untuk menyeludup dadah ialah memasukkan dadah tersebut ke dalam bahagian tertentu pada tubuh badan manusia!
Bahagian tubuh badan manusia yang dimaksudkan ialah perut, dubur, dan alat kelamin wanita. Ya, alat kelamin wanita. Alat kelamin bukan lagi semata-mata sebagai alat untuk aktiviti seksual atau salah satu organ penting untuk proses kehamilan, tetapi alat kelamin wanita kini sudah dimprovisasi menjadi SETOR untuk menyimpan DADAH dan barangan yang lain. Saya pernah terbaca organ penting wanita ini pernah digunakan untuk menyimpan telefon bimbit dan barangan larangan (yang bersesuaian dengan saiz) yang sering diseludup masuk ke penjara atau ke sesebuah negara.
Bayangkan jika kondom yang digunakan untuk membungkus dadah itu pecah...adios dunia!
Baca lanjut di bawah ini:
[HM] - Hanya kerana dijanjikan limpahan hujan duit, beberapa gadis warga asing sanggup menyumbat dan menyembunyikan puluhan bungkusan dadah dalam kemaluan bagi membantu sindiket dadah antarabangsa di Malaysia.
Difahamkan, sebelum ini sindiket memaksa gadis menelan dadah heroin untuk disimpan dalam perut tetapi menyembunyikan dadah yang dibungkus kemas dalam kondom dan disembunyikan pada alat sulit wanita dikesan menjadi taktik terbaru sindiket.
Sumber polis berkata, dalam kes terbaru, sindiket dadah yang berpangkalan di Malaysia dikesan menjadikan dua wanita Indonesia sebagai keldai dadah untuk menyeludup dadah heroin ke Macau melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan, kedua-dua gadis terbabit gagal melaksanakan tugas apabila ditahan di Lapangan Terbang Macau selepas dikesan cuba menyeludup dadah seberat 1.6 kilogram yang dianggarkan bernilai HK$1.6 juta (RM800,000). Sumber berkata, dalam kes Rabu lalu, kedua-dua wanita Indonesia terbabit tidak mengenali satu sama lain sebelum ditahan polis di lapangan terbang berkenaan.
Katanya, berdasarkan siasatan, suspek dikenali Lilik, 24, dan Mesri, 30, mendakwa dipujuk untuk membawa dadah jenis heroin ke Macau oleh sindiket dadah yang turut didalangi wanita Indonesia.
“Suspek mendakwa mereka datang ke Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu sebelum diarah menemui ahli sindiket dadah di sebuah hotel terkemuka di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian diarah mengambil bungkusan dadah heroin sebelum diminta menelannya dan menyembunyikannya dengan memasukkan bungkusan kecil dadah berkenaan ke dalam kemaluan masing-masing.
“Selepas enam jam, kedua-dua wanita terbabit diberikan tiket penerbangan ke Macau dan diarah mengambil penerbangan pada hari sama bagi mengelakkan jenayah itu terbongkar.
“Kedua-duanya mendakwa tidak diberitahu jumlah upah bakal diterima sebaliknya mendakwa bayaran hanya akan dibuat selepas mereka menyeludup dadah dan menyerahkannya kepada ahli sindiket di Macau,” katanya.
Menurutnya, polis percaya kedua-dua wanita itu dilatih secara intensif oleh ahli sindiket berkenaan untuk menelan atau menyembunyikan dadah heroin bagi melakukan tugas penyeludupan ke Guangdong dan Hong Kong.
“Hasil pemeriksaan, seorang daripada suspek berusia 24 tahun dikesan menelan dan menyembunyikan 61 bungkusan dadah heroin seberat 616 gram. Semua dadah terbabit dikeluarkan dari dalam tubuh mangsa selepas 27 jam mangsa dirawat di hospital....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.