Bangun UMNO, PERKASA, NGO, MEDIA BN, BLOGGER BN!
Saya tulis tajuk begitu kerana media, pertubuhan, dan parti politik yang dinyatakan pada tajuk kiriman ini gemar sangat menjadi hero apabila timbul polemik, isu sensitif yang bersangkut paut dengan Melayu & Islam. Kunun-kununnya merekalah sang pembela bangsa dan agama. Bagi yang celik akal dapatlah melihat sandiwara politik yang memperkudakan agama dan bangsa demi kepentingan politik.
Pada 20/2 yang lalu, akhbar Sin Chew menyiarkan kenyataan/surat MCA tentang hukuman rotan terhadap wanita Muslim yang telah melanggar undang-undang berkaitan dengan kesalahan syariah. Tiba-tiba sahaja orang bukan Islam yang merupakan sekutu UMNO mengeluarkan kenyataan mencampuri dan mempertikai hukuman syariah di negara ini. Campur tangan orang bukan Islam berhubung dengan agama Islam bukanlah kali pertama dan melibatkan isu ini sahaja, malah sudah beberapa kali perkara yang sama berlaku membabitkan beberapa perkara lain, misalnya masalah murtad, perkahwinan, dan sebagainya.
Yang peliknya, setelah beberapa hari kenyataan itu dikeluarkan, apakah reaksi dan tindakan pembela agama celup yang berselindung di balik nama bangsa dan agama?
Bayangkan jika DAP atau pertubuhan bukan Melayu atau bukan Islam lain yang mengeluarkan kenyataan ini, apakah tindakan drastik yang akan dibuat oleh UMNO, PERKASA, media dan blogger pro-BN, dan NGO yang sewaktu dengan mereka? Sudah tentu kecoh di jalan raya dan di media massa dengan kenyataan/laungan provokatif mempertahankan Islam dan Melayu. Contoh terkini, bandingkan kes pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakan yang sama di Perlis, Johor, dan Pahang. 1Malaysia dapat menilai sandiwara mereka dan keluarga mereka!
Berbalik kepada kenyataan yang dibuat, antara alasan MCA mempertikaikan hukuman itu termasuklah hukuman itu pada fikiran mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak berperikemanusiaan, dan bersifat diskriminasi. Jadi, hendak salahkan 100% kepada MCA pun tidak boleh kerana mereka ini jahil tentang Islam dan hukuman Islam. Walaupun mereka tidak berhak mencampurinya, namun wajarlah perihal bersangkutan dengan hal ini diperjelaskan agar mereka tahu akan hal yang sebenarnya.
Justeru, dalam hal ini, alangkah moleknya pihak-pihak tertentu terutamanya pemerintah atau agensi yang berkaitan menerangkan pelaksanaan hukuman tersebut, hikmah di baliknya, dan perbezaan antara sebat sivil dengan sebat Islam seperti yang pernah disiarkan dalam blog ini. Sila baca: Beza Sebat Sivil dengan Sebat Islam dan Saintis: Rotan Dapat "Ubati" Depresi dan Ketagihan Arak. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, salah faham dan kejahilan bukan Islam di negara ini bukan sahaja berkaitan dengan hukuman syariah malah turut berlaku dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Islam. Ironinya, setelah ratusan tahun orang bukan Melayu tinggal di negara ini, mereka masih jahil tentang Islam. Salah siapa?
Jika MCA itu jahil dan tidak tahu akan beza antara sebat sivil dengan sebat Islam dan hikmah di balik pelaksanaan hukuman syariah, bagaimana pula pertubuhan yang dianggotai oleh orang Islam seperti Sister in Islam yang menghentam hukuman yang telah diperintah oleh Tuhan mereka sendiri?
Berkaitan:
salam..
Comment by mail lambong @ Khamis, Februari 25, 2010 3:42:00 PTGartikel yg menarik..tahniah bro..teruskan usaha