Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 18 Februari 2010

SIS: Rotan Cabul Hak Asasi, Kejam, Tidak Berperikemanusiaan, & Memalukan


Semua orang tahu melakukan seks di luar perkahwinan itu haram dalam Islam. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah mendorong gejala membunuh dan membuang bayi yang berlaku pada masa sekarang. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah menyebabkan penyakit AIDS dan seangkatannya merebak. Semua orang tahu perlakuan seks di luar perkahwinan menyebabkan kelahiran anak di luar nikah yang begitu besar jumlahnya di Malaysia. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah menyebabkan rumah tangga dan kehidupan berkeluarga di Malaysia ini menjadi kucar kacir.


Untuk mengelakkan hal-hal di atas daripada berlaku, maka Islam telah menetapkan hukuman yang keras untuk menghalang perlakuan jijik & tidak bermoral itu. Hukuman sebat sebanyak 100 kali bagi pesalah yang belum berkahwin, dan hukuman rejam sampai mati bagi pesalah yang telah berkahwin.


SIS mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman rotan @ sebat itu mencabuli hak asasi manusia, kejam, tidak berperikemanusiaan, dan memalukan!


Saya tidak mahu komen lebih-lebih. Umpama mencurahkan air ke daun keladi. Sia-sia! Saya sudah banyak kali menyentuh hal ini dalam kiriman lalu. Sila klik pautan di bawah laporan berita ini. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang mempersendakan hukum Allah!

[MK] Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli
hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba
menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan
umum
, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan
itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai
hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.


Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.


Blog ini pernah menyiarkan:
* Saintis: Rotan Dapat "UBATI" Depresi dan Ketagihan Arak.
* Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL
* HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam

Untuk lebih terperinci, sila baca pandangan Dr. Jamnul Azhar:
* Hikmah Pelaksanaan Hukum Hudud Menurut Al Quran & Sains

Atau "google"lah laman-laman sesawang yang memerihalkan hukuman tersebut.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH