[video] Cerita MUBALIGH & Misi Kemanusiaan(?)nya
Semalam beberapa akhbar melaporkan sekumpulan mubaligh ditahan oleh pihak berkuasa Haiti kerana mencuba menyeludup 33 orang kanak-kanak menyeberangi sempadan ke Republik Dominica.
Timbul beberapa persoalan apabila kumpulan tersebut bertindak sedemikian rupa. Apa tujuan mereka berbuat demikian? Jika untuk menyelamatkan mereka, wajarkah kanak-kanak itu dibawa keluar secara haram bukannya secara sah? Atau sebenarnya ada udang di balik batu apabila mereka berani bertindak sedemikian rupa?
10 anggota gereja dakwa mahu selamatkan kanak-kanak mangsa gempa Haiti
PORT-AU-PRINCE: Sepuluh rakyat Amerika Syarikat ditahan di Haiti kelmarin apabila cuba membawa sekumpulan 33 kanak-kanak menyeberangi sempadan ke Republik Dominica, kerana tidak menggunakan dokumen sah.
Anggota gereja Baptist dari Idaho menggelarnya 'Misi Menyelamatkan Anak Yatim Haiti' bertujuan menyelamatkan kanak-kanak mangsa gempa bumi Haiti.
Mereka mulanya merancang membawa 100 kanak-kanak itu dengan bas ke sebuah hotel di pusat peranginan tepi pantai di Republik Dominica kerana ada rancangan menubuhkan sebuah pusat anak yatim.
Sama ada mereka sedar atau tidak, rakyat Amerika itu, pertama kali ditahan sejak gempa bumi 12 Januari lalu, menambah kecelaruan di Haiti kerana pemimpin kerajaan menggantung pengambilan anak angkat selepas bimbang kanak-kanak tanpa ibu bapa atau yang hilang lebih terdedah kepada penyeludupan kanak-kanak.
"Dalam huru hara ini, kami cuba melakukan perkara yang betul," kata pemimpin kumpulan Laura Silsby kepada The Associated Press di ibu pejabat polis di ibu kota ini tempat mereka ditahan
sementara menunggu sebutan di hadapan hakim, hari ini.
Silsby berkata, mereka berniat baik dan tidak membayar wang untuk membawa kanak-kanak terbabit dalam jagaan paderi terkenal Haiti dikenali sebagai Jean Sanbil dari 'Sharing
Jesus Ministries.'
Silsby, 40, dari Boise, Idaho, ditanya jika dia tidak dianggap bodoh membawa kanak-kanak itu menyeberangi sempadan tanpa dokumen ketika rakyat Haiti terlalu bimbang mengenai penyeludupan kanak-kanak.
"Tidak mungkin kami sebahagian daripadanya. Itulah yang kami cuba elakkan," katanya.
Menteri Hal Ehwal Sosial, Yves Cristallin memberitahu media bahawa rakyat Amerika itu disyaki mengambil bahagian dalam skim pengambilan anak angkat secara haram.
Cristallin berkata, 33 kanak-kanak dibawa lewat kelmarin dari sebuah Perkampungan Kanak-kanak SOS di luar ibu kota ini. Perkampungan Kanak-kanak SOS adalah organisasi tanpa keuntungan global berpusat di Austria.
Ramai kanak-kanak di rumah anak yatim Haiti sebenarnya bukan yatim piatu namun ditinggalkan keluarga yang tidak mampu menjaga mereka. – AP
Kisah di atas mengingatkan saya tentang kontroversi yang melibatkan beberapa kumpulan mubaligh antarabangsa ketika kejadian tsunami dan beberapa siri kejadian gempa bumi yang melanda Sumatera lalu. Khabarnya mubaligh yang datang atas nama kebajikan telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama mereka kepada mangsa yang membutuhkan bantuan. Khabarnya juga, terdapat beberapa kes cubaan untuk menyeludup kanak-kanak yatim piatu keluar dari Indonesia. Walaupun berjaya dihalang, namun berkemungkinan besar ada kanak-kanak yang berjaya dibawa keluar dari kawasan bencana secara haram. Untuk apa mereka berbuat demikian?
Di bawah ini, ditampalkan sebuah video amatur yang memaparkan aksi mubaligh yang bertopengkan anggota sukarelawan antarabangsa menyebarkan agama mereka kepada penduduk tempatan di Sumbar Indonesia:
Kemas Kini 2/2:
* Mubaligh tipu status kanak-kanak Haiti
PORT-AU-PRINCE: Kebanyakan daripada 33 kanak-kanak Haiti yang diambil oleh sekumpulan anggota gereja Amerika Syarikat untuk membawa mereka keluar dari Haiti, masih mempunyai anggota keluarga yang terselamat dalam gempa bumi.
Patricia Vargas, Pengarah Serantau Perkampungan Kanak-Kanak SOS, tempat kanak-kanak itu dijaga memberitahu agensi berita bahawa beberapa pegawai di Institut Kebajikan Sosial Haiti memberitahunya 'kebanyakan kanak-kanak mempunyai keluarga.'
Vargas berkata, sesetengah kanak-kanak lebih tua dalam kumpulan itu mengesahkan kata-kata pihak berkuasa. Kanak-kanak berusia lebih tujuh tahun memberitahu:
"Ibu bapa mereka masih hidup dan ada di kalangan mereka memberi kami alamat dan nombor telefon keluarga."
Kanak-kanak itu dijaga di sebuah pusat di Croix des Bouquets, yang musnah akibat gempa 7 skala Richter pada 12 Januari lalu menyebabkan 200,000 maut.
Kedutaan Amerika di Haiti berkata kelmarin, 10 warga Amerika ditahan kerana 'didakwa melanggar undang-undang Haiti berkaitan imigresen.'
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Sosial Haiti, Yves Christallin, berkata polis menahan lima lelaki dan wanita yang memiliki pasport Amerika dalam kes membabitkan sebuah anggota gereja dari Idaho. – Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.