Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Ahad, 28 Februari 2010

Sedarlah Melayu...


 

Isu Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya berkaitan dengan tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan belum lagi reda. Dari semuda-muda hinggalah setua-tua ahli UMNO mempertikaikan tindakan warga emas ini untuk berbakti kepada rakyat di negerinya. Beliau dicap pengkhianat. Semuanya menjadi buta hati & buta mata kerana mahu "menjaga hati" barisan kepemimpinan Kerajaan 1Malaysia. Semalam sebuah akhbar arus perdana melaporkan:

Bincang sebelum hukum Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan Umno disaran mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terlebih dulu sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadapnya berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Veteran Umno, Tan Sri Abd Aziz Tapa, berkata perbincangan antara Majlis Tertinggi Umno dengan Tengku Razaleigh adalah cara terbaik bagi meredakan keadaan itu daripada memikirkan untuk mengambil tindakan.

“Majlis Tertinggi perlu berbincang dengan beliau (Ku Li) terlebih dulu, kalau tergesa-gesa (buat keputusan) tidak elok juga, jadi cara terbaik adalah berjumpa dulu.

“Dulu beliau (Ku Li) yang membuat undang-undang (sewaktu menjadi Pengerusi Petronas), sekarang ini beliau menyebelahi Kelantan pula,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno berkata, parti akan mendengar pandangan ahlinya terlebih dulu berhubung tindakan perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Ditanya apakah tindakan Tengku Razaleigh yang menyokong Kerajaan Pas Kelantan berhubung royalti minyak memberi kesan kepada parti, beliau berpendapat ia tidak akan menjejaskan Umno.
Seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Zaleha Ismail, berkata ia terpulang kepada jawatankuasa disiplin parti untuk mengambil tindakan ataupun tidak terhadap bekas Pengerusi Petronas itu.

“Terpulang kepada jawatankuasa disiplin parti, kerana mereka mendapat laporan daripada peringkat akar umbi dan jawatankuasa berhak untuk mengkaji perkara ini.

“Jikalau beliau menentang parti ataupun tindakannya membahayakan negara dan sekiranya bersalah maka perlu ambil tindakan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian menggesa Perdana Menteri supaya mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mengetahui motif sebenarnya.
“Kalau selepas perbincangan, Ku Li tetap dengan pendirian sama, maka Majlis Tertinggi perlu ambil tindakan dan ini adalah pandangan Pemuda Umno Kelantan,” katanya.


Apakah salah warga emas yang begitu kaya dengan pengalaman politik tanah air ini? Salahkah beliau bercakap dan mempertahankan hak rakyat Kelantan untuk menerima royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan? Perlukah "mereka" menghukumnya hanya kerana mempertahankan sifat hasad dengki, busuk hati, tamak, kerakusan, ketidakadilan kerajaan yang sepatutnya melindungi dan membantu setiap rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik dan kaum? Inikah perjuangan alif, ba, dan ta mereka?

Siapakah rakyat yang dipertahankan haknya oleh warga emas ini? Sudah tentu bukannya orang Indonesia, Myanmar, Pakistan, India, China! Orang yang dibelanya ialah orang Melayu yang seagama dan sebangsa dengan warga emas itu dan sudah tentu juga dengan ahli parti yang disertai oleh warga emas itu.

Bayangkan setelah didesak beberapa kali, mereka hanya mahu "memberikan" (diuruskan oleh orang mereka) wang ihsan sebanyak 20 juta, walhal wang royalti yang dituntut berjumlah 2 bilion. Berapa banyak perbezaan angka kosong antara 20 juta dengan 2 bilion? Berapa banyak hak rakyat Kelantan dinafikan oleh kerajaan yang gah dengan slogan Juara Rakyat". Untuk mempertahankan penipuan ini, maka bersuaralah suara-suara pengkhianat dengan pelbagai alasan untuk mewajarkan apa yang tidak wajar!

Biarpun begitu, masih banyak lagi Melayu yang tidak sedar kerana sengaja menjahilkan diri, malas mencari maklumat alternatif, bersekongkol kerana sedikit imbuhan, dan masih takut dengan propanganda Ketuanan Melayu yang kunun-kununnya akan terhapus jika negara ini diperintah oleh orang selain BN. Walhal Ketuanan Melayu itu sudah lama tergadai. Tidak percaya? Lihatlah apa yang ada pada Melayu selepas lebih 50 tahun negara ini merdeka. Lihat sahaja nasib orang Melayu di Pulau Pinang selama lebih 50 tahun diperintah oleh BN.

Belum mempersoalkan perihal rasuah, salah guna wang rakyat, penjualan tanah rizab Melayu, penderhakaan kepada raja, kronisme dan nepotisme, penganiayaian kepada Melayu, dll. Sedarlah Melayu...

Berkaitan:
* 17 PENGKHIANATAN TERHADAP ORANG MELAYU
* SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?
* 20 Pengkhianatan UMNO terhadap Orang Melayu
* Fakta UMNO Khianat Tanah Orang Melayu
* ISU DERHAKA: HARI INI DALAM SEJARAH

 

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH