UMNO, PERKASA, dan NGO yang sewaktu dengannya, tunggu apa lagi, pergilah berdemo...kali ini, Kerajaan Lim Guan Eng mencampuri urusan perkahwinan orang Islam pula... Cuba baca berita di bawah ini:
Pulau Pinang perkenal sistem daftar kahwin online
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan umat Islam di negeri ini secara online yang dikenali sebagai e-munakahat.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik
Abul Kassim, berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaran perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah.
“Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan
lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, semalam.
Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini, dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. Turut hadir, Timbalan Ketua
Menteri I, Mansor Othman.
Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, sistem itu boleh dilayari menerusi laman web e munakahat.penang.gov.my dan orang ramai hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan jika mahu mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan.
Abdul Malik berkata, fasa kedua e-munakahat yang bakal dibangunkan pada Jun 2010 pula, membolehkan pengguna membuat kad nikah cip bergambar yang dilengkapi maklumat lengkap mengenai perkahwinan mereka.
Oppsss....fasal ini pun hendak demo juga kah?
Malanglah ada juga orang yang mudah terpedaya oleh dakyah yang mengatakan bahawa DAP itu anti-Islam dan anti-Melayu. Itulah politik murahan yang diamalkan bagi memastikan kuasa dan pengaruh orang yang terlibat tidak hilang, biarpun hakikatnya pengaruh mereka semakin luntur. Bayangkan apakah yang telah/akan terjadi kepada golongan ini jika jentera dan agensi kerajaan tidak digunakan untuk "melindungi" pengaruh mereka?
Khabarnya, semalam telah berlangsung dengan jayanya perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan di Selangor. Apa cerita di negeri yang dikuasai oleh BN? Di Pulau Pinang,
upacara sambutan Maulidur Rasul itu turut dihadiri oleh LGE selaku Ketua Menteri. Di Selangor pula, dikhabarkan sebanyak
5000 umat Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul yang bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati.
jangan ajak yang berdebat kat tv9 kemarin
Comment by b.r.u.t.a.l.s.o.l.o @ Sabtu, Februari 27, 2010 10:50:00 PGcarik yang lagi teruk
kah kah kah