Jika Ku Li Letak Jawatan MP Gua Musang, Bolehkah UMNO Pertahankan Kerusi Itu?
Persoalan menarik ini dicetuskan oleh Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Muhd Lukhman Ghani yang memberikan respons terhadap gesaan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang menyarankan Tengku Razaleigh melepaskan jawatan dan menyertai Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Boleh? Boleh atau tidak boleh? Boleh?....
Lanjut seperti yang dilaporkan di bawah ini:
Tengku Razaleigh sedia lepas jawatan
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah sedia melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang jika Pemuda Umno Kelantan dapat memberi jaminan mengekalkan kerusi kawasan berkenaan milik Barisan Nasional (BN).
Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Muhd Lukhman Ghani, berkata Pemuda Umno Gua Musang seharusnya memikirkan kesan jangka panjang terhadap kenyataan berkenaan, malah Ketua Umno Gua Musang itu menganggap desakan sayap parti itu tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.“Ku Li boleh letak jawatan sebagai Ahli Parlimen pada bila-bila masa, tetapi beliau risau jika berbuat demikian Umno tidak akan menang di Gua Musang (dalam pilihan raya kecil).
“Bagaimanapun, jika Pemuda Umno yakin boleh menang, Ku Li rela letak jawatan,” katanya semalam.
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian menyarankan Tengku Razaleigh melepaskan jawatan dan menyertai Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat lebih sesuai dengan sikap serta pendiriannya.
Anuar berkata, Tengku Razaleigh tidak seharusnya duduk bersama pemimpin Pas dan kemudian memperkecil serta membuat pelbagai tuduhan terhadap pucuk pimpinan parti.
Muhd Lukhman berkata, bekas Menteri Kewangan itu juga menganggap Ketua Pemuda Umno Kelantan itu terlalu muda dan tidak faham perjuangan asal Umno, sekali gus tidak wajar mendesak Ku Li meletak jawatan dan menyertai pembangkang....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.