Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 3 Februari 2010

LIWAT 2: Ulasan Doktor vs Laporan Doktor


Cuba baca ulasan ringkas doktor Minda Intelek Melayu ini tentang kes liwat Anwar - Saiful. Antaranya dia berhujah:

1. Pemeriksaan dubur berdasarkan kepada complaint awal pesakit.

Complaint yang dilaporkan oleh doktor di Hospital Pusrawi ialah 'tenesmus' atau pun 'sakit di dalam dubur'.

Dan pemerhatian ke atas dubur pesakit telah diterangkan oleh doktor di dalam laporan kesihatan seperti di atas.

Akan tetapi doktor tersebut tidak pula melaporkan 'tiada penetrasi' seperti yang didakwa oleh Karpal Singh, peguambela Anwar Ibrahim.

Doktor hanya melakukan prosedur asas yang diperlukan tanpa prosedur forensik yang wajib dilakukan untuk sebarang kes kriminal :-

a. Doktor tersebut tidak menggunakan swab untuk mengumpul sebarang bukti di luar dan dalam dubur pesakit.

b. Bahan kimia seperti toulidine blue tidak digunakan untuk mengesahkan tiada sebarang luka kerana doktor tidak mungkin akan dapat melihat luka-luka atau pun tanda geseran yang terlalu kecil dan mikro.


Hakikatnya
, kemampuan mata kita untuk melihat dan meneliti sesuatu yang mikro adalah amat terhad dan memerlukan masa yang agak lama, situasi yang mengizinkan serta konsentrasi yang sepenuhnya terhadap perkara yang mahu diperiksa itu.

Dan perkara yang mahu diperiksa ialah dubur pesakit! Bolehkah?

Kerana itulah kita menggunakan bahan-bahan kimia supaya kita dapat membezakan sehinggakan tahap mikro di antara kulit normal dan kulit yang cedera dek geseran atau luka.

2. Doktor di Hospital Pusrawi diberitahu bahawa pesakit telah diliwat oleh seorang VIP.

Tatkala Shaiful Bukhari menerangkan perkara yang sebenarnya kepada doktor tersebut dan kes tersebut adalah kes kriminal, doktor itu telah melakukan prosedur yang wajar kerana tidak lagi memeriksa pesakit dan merujuk beliau ke Hospital kerajaan.

Dan seperti yang penulis terangkan di dalam artikel-artikel sebelum ini, penetrasi di dalam dubur tidak semestinya akan menyebabkan pendarahan, nanah dan koyak.

Malah, jika kita baca dengan teliti laporan kesihatan di atasl, Doktor Osman di Hospital Pusrawi itu sendiri telah membuktikan bahawa prosedur yang dilakukan oleh doktor itu iaitu memasukkan alat proktoskop di dalam dubur Shaiful Bukhari tidak menyebabkan sebarang luka dan koyak.

Cekap betul Karpal Singh bermain dengan kata-kata. Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah supaya relaks dan menarik nafas panjang. Makala, ky-Jelly digunakan sebagai lubrikasi untuk memudahkan proktoskop dimasukkan di dalam dubur. Tiada luka dan tiada koyak.

Penulis juga menerangkan bahawa jika benarlah liwat akan menyebabkan nanah, koyak dan luka, penulis pasti tidak akan ada lagi gay di dunia ini kerana mereka tidak mahu menangung kesengsaraan dek nanah dan koyak di dubur mereka!

Selesai membaca kiriman doktor ini, saya terfikir: kes ini kes hubungan homoseksual secara rela atau kes liwat secara paksa? Kemudian saya terfikir, jika perlakuan liwat itu dikatakan sebagai rogol sudah tentulah tusukan yang berlaku dibuat secara paksa. Oleh itu, mustahillah perlakuan secara paksa itu tidak menyebabkan kecederaan. Sedangkan mangsa rogol pun mengalami kecederaan seperti koyakan dan pendarahan di kemaluan akibat perlakuan perogol. Mustahil mangsa yang mengaku diliwat beberapa kali (8 kali, kalau tidak silap) tidak mengalami situasi yang sama. Adakah kejadian liwat secara paksa ini menggunakan KY-Jell?

Dia kemudiannya mempersoal bahawa penetrasi itu mungkin menyebabkan luka mikro, maknanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Bayangkan, kes rogol hanya menyebabkan kecederaan mikro? Di akhir petikan di atas, beliau menulis "jika benarlah liwat akan menyebabkan nanah...penulis pasti tidak akan ada lagi gay". Apa maksud dia? Adakah dia menyatakan bahawa kedua-duanya mengamalkan cara hidup gay kerana tiada luka di dubur mangsa? Jika itu yang dimaksudkan, maka si pengadu juga harus didakwa kerana mengamalkan cara hidup songsang.

Persoalan lain: logikkah seorang pemuda berusia awal 20-an membiarkan dirinya diliwat beberapa kali oleh seorang lelaki tua yang berumur 60 tahun? Tidak adakah kudrat pemuda tinggi lampai itu melawan kudrat lelaki tua yang berusia 60 tahun? Mengapa selepas beberapa kali diliwat baru dia membuat laporan polis?

Kemudian sila bandingkan ulasan doktor tersebut dengan laporan perubatan yang telah dikeluarkan bersama-sama dengan keterangan sampingan yang telah dibuat. Keterangan sampingan itu memudahkan anda memahami "tulisan doktor" dalam laporan tersebut. Fikir-fikirkan!



(klik untuk besarkan imej)

* Disiarkan semula dalam Tranung Kite.

  1. satu doktor umno yg diatur oleh jibby and fat mah satu lagi doktor yg benar.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Februari 03, 2010 4:57:00 PTG      
  2. cara mudah untuk paham ialah camni....masa anda nak tidur cuba buat expriment ni..
    1-anda tidur secara baring dan rapatkan kaki anda, bolehkah apa2 benda sampai ke buntut anda.???
    2-anda tidur secara meniarap dan rapatkan kaki anda,bolehkah apa masuk ke buntut anda???...
    ok! lepas tu pikir macamne boleh jadi kes ni.kalau suka sama suka wajib tuduh kedua2 sekali..kalau kena paksa mesti kena ada orang tolong bukak kangkang,kalau tak
    camna nak "cikaruu".....
    dalam kes ni, tak tau leee sapaa yang bodoh..jangan tanya sapaa yang betul atau salah tapi tanya sapaa yang bodoh..pendakwa kee,hakim kee,tertuduh kee atau sebenarnya RAKYAT MALAYSIA KEE YANG BODOH..sebenarnya ni kes perbicaraan keatas rakyat malaysia bukan DSAI..DSAI hanya wakil rakyat M'sia.Inilah sebenarnya cara membodohkan rakyat dan menunjukkan betapa rakyat tidak punya kuasa padahal rakyat lebih berkuasa dari pemimpin.siapa pemimpin kalau rakyat tak pilih.yang untungnye sapee...mestilah orang2 yang telah buat salah dan rembat duit rakyat berjuta2 sebab semua kes tutup lepas kes ni meletup..
    heee..heee...heeee
    tak mau aku jadi rakyat bodoh.

    gravatar Comment by rosn @ Khamis, Februari 04, 2010 2:31:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH