[Kemas Kini] Ketua Hakim Negara Dirawat di CCU IJN - MasalahJantung
Kemas Kini:
[Mstar] Pegawai Khas kepada Ketua Hakim Negara, Mohd Aizuddin Zolkeply menjelaskan Tun Zaki Tun Azmi tidak berada dalam keadaan kritikal sebagaimana yang disangkakan.
Bagaimanapun, Mohd Aizuddin berkata, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Mohd Aizuddin turut menafikan yang Zaki terjatuh daripada katil sehingga menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke IJN kerana dilaporkan kritikal.
"Ia tidak benar. Tunggu saja kenyataan media secara rasmi daripada pihak kami nanti," katanya ketika ditemui mStar Online di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Malaysia turut menafikan dakwaan laporan bahawa Ketua Hakim Negara ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Sebaliknya, Pegawai Perhubungan Awam, Istana Kehakiman, Yasmin Abdul Razak berkata Zaki hadir ke Hospital Putrajaya pada pagi Isnin untuk pemeriksaan kesihatan dan kemudiannya telah dirujuk ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut...
P/s: Peringatan dari Langit!
Kau cakap macamlah dia buat dosa... kau tau ke kau tu masuk syurga ke neraka???? itu semua kuasa tuhan... tapi x salah jika ambil peringatan.
Comment by Opah @ Isnin, Mei 23, 2011 6:49:00 PTG