Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 10 Ogos 2011

Dr Asri: Islam Agama Hujah, Tidak Perlu Tindakan JAIS



Saya petik:
[MK] Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu. 

P/s: Saya suka akan hujah Dr. Asri yang menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan. Pendirian ini agak selari dengan YB Khalid Samad yang kini sedang "dikristiankan" oleh jurublog UMCO.

Isu orang Islam menagih simpati pihak gereja bukan perkara baru. Isu murtad ini pun bukan perkara baru. Hal ini sudah lama didedahkan oleh bekas paderi dan sebagainya. Mengapa tiada tindakan efektif diambil sedangkan maklumat ini sudah menjadi pengetahuan umum agensi-agensi terlibat? Sedangkan duit zakat yang dikutip setiap tahun bukan sedikit jumlahnya. Jika berlaku umat Islam menagih simpati gereja, siapa yang perlu dipersalahkan? 

Jika terbukti gereja berniat untuk memurtadkan umat Islam, maka ambillah tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang yang diperuntukkan. Siasatan perlu dilakukan dalam suasana yang baik tanpa unsur provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan sebagainya. Namun, pihak yang terbabit perlulah memandang pada diri sendiri dan bertanya, mengapa hal ini berlaku? Mengapa orang Islam ini boleh menuju ke arah murtad? Apa kelemahan aku sebagai orang yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Selain itu, kita juga perlu menyoal diri kerana setiap orang mempunyai peranan dalam hal ini.

Dalam menyelesaikan isu ini, selain penguatkuasaan undang-undang yang mengikut lunas undang-undang, pendekatan berhujah dan keberkesanan dakwah serta penyaluran wang zakat yang menyeluruh perlu diambil kira.




  1. Aku hanya terfikir. :)

    Saya sering mendengar akan kes seperti ini. Orang Kristian membantu orang Islam. Dari pandangan orang Islam, mungkin gereja Kristian niat murtadkan umat Islam yang sedang mencari pertolongan atau dalam kesusahan.

    Akan tetapi, saya percaya, umat Kristian juga ada prinsip, iaitu saling membantu tidak kira sesiapa sahaja walaupun perbezaan agama. Mereka mebantu tidak semestinya untuk penyebaran agama.

    Bukankah menyedihkan apabila umat Kristian ingin membantu yang susah tetapi disalahertikan?

    Tidak semua orang membantu kerana bertujuan, ada juga orang membantu kerana mereka rasa diri bertanggungjawab untuk membantu yang susah. Tuhan pasti suka jika kita membantu yang susah.

    Akan tetapi, mungkin betul, mereka buat baik untuk penyebaran agama.

    Hanya Tuhan yang tahu.

    (Sekadar pandangan untuk direnungi, jauh sekali untuk dipersetujui.)

    Sharing Is Loving.

    Daripada,
    saya yang kurang matang.

    gravatar Comment by Mathilda Chung @ Rabu, Ogos 10, 2011 5:58:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH