Lagu Dangdut Lucah: "Cinta Satu Malam", "Aku Ingin Dilubangi", "Hamil Duluan"
JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.
Pengharaman itu dbuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.
"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV," kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.
Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk 'Mobil Bergoyang', 'Cinta Satu Malam', 'Hamil Duluan','Aku Ingin Dilubangi' dan 'Mari Bercinta 2'.
"Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.
Lagu 'Hamil Duluan' ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.
Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.
"Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam," katanya.
Ibu bapa pula mengalu-alukan pengharaman itu dan seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata beliau amat terganggu apabila mendengar anak perempuannya berusia dua setengah tahun menyanyikan lagu 'Cinta Satu Malam'.
"Ia tidak manis untuk didengar," katanya yang memberitahu anaknya mendengar lagu itu daripada televisyen dan beliau meminta isterinya menukar saluran lain apabila video itu disiarkan.
P/s: Negara ini pernah dilanggar tsunami terbesar abad ini, negara ini digegarkan oleh beberapa siri gempa bumi, namun segelintir warganya tidak pernah mengambil iktibar.
Mengata negara orang, negara sendiri pun apa kurangnya. Cuma kita bernasib baik kerana ada pihak yang menapis kandungan lagu atau filem walaupun kadangkala kita bengang dengan cara penapisannya. Untuk lagu, memang penapisannya agak ketat, walaupun ada unsur kepentingan politik, namun untuk filem, memang agak mengecewakan apabila adegan berunsur berahi dan ganas masih dilepaskan dalam kebanyakan filem tempatan.
Mengata negara orang, negara sendiri pun apa kurangnya. Cuma kita bernasib baik kerana ada pihak yang menapis kandungan lagu atau filem walaupun kadangkala kita bengang dengan cara penapisannya. Untuk lagu, memang penapisannya agak ketat, walaupun ada unsur kepentingan politik, namun untuk filem, memang agak mengecewakan apabila adegan berunsur berahi dan ganas masih dilepaskan dalam kebanyakan filem tempatan.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.