Mayat Wanita Muslim "Dicemari" Kepingan Daging Babi di Rumah Mayat Sebuah Hospital
The Independent melaporkan pihak polis Britain menawarkan ganjaran sebanyak £5 000 bagi sesiapa yang dapat memberikan maklumat tentang kejadian mayat wanita Muslim yang "dicemari" kepingan daging babi di rumah mayat Hospital Hillingdon.
Kejadian yang mencetuskan rasa tidak puas hati itu disedari ahli keluarga wanita tersebut yang meninggal dunia akibat kanser pada usia 65 tahun. Pasukan Polis Metropolitan dipanggil ke Hospital Hillingdon yang letaknya di barat London untuk menyiasat kejadian itu.
.
Kejadian itu jelas melanggar hukum agama Islam yang melarang penganutnya menyentuh atau makan daging babi. Hal ini turut meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada keluarga mangsa.
Kejadian itu jelas melanggar hukum agama Islam yang melarang penganutnya menyentuh atau makan daging babi. Hal ini turut meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada keluarga mangsa.
Detektif Cif Inspektor Tony Hester berkata: "Ini adalah perbuatan menjijikkan yang telah menimbulkan kemarahan keluarga mangsa serta seluruh masyarakat.
Perlakuan jenayah itu diketahui apabila kakitangan hospital itu mengaturkan kunjungan ahli keluarga yang mahu melihat jenazah mangsa. Setakat ini, polis sudah melihat rakaman CCTV dan bercakap dengan kakitangan hospital. Pakar forensik juga telah meneliti bacon dan pakaian yang dipakai oleh wanita itu.
Seseorang anggota keluarga wanita tersebut memberitahu BBC London bahawa kejadian itu membuatkan mereka menanggung "kesakitan fizikal". Kejadian itu seperti mimpi ngeri yang mengerikan.
"Saya menyaksikan Allahyarham meninggal dunia dan kemudian saya menyaksikan perbuatan yang tidak bertamadun ini. Saya berasa trauma."
Anak perempuan wanita tersebut pula berkata kejadian yang menimpa jenazah ibunya seperti mimpi ngeri yang amat memberikan kesan kepada keluarga.
"Saya fikir seseorang yang melakukan ini amat membenci umat Islam. Saya tidak tahu mengapa mereka memilih ibu saya." -DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.