Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 2 Disember 2011

Wanita Terencat Akal Jadi Mangsa Rogol Warga Emas



Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Baik ada makna. Itu gambaran yang sesuai apabila seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun berpura-pura berhubungan baik dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lebih setahun lalu mengambil kesempatan merogol mangsa.
 
Perbuatan warga emas yang tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun disahkan hamil enam minggu setelah mangsa menjalani pemeriksaan pada 26 November lalu.
 
Ibu mangsa yang dikenali Chia, 51, berkata, pada mulanya dia tidak tahu siapa yang merogol anaknya itu namun kejadian dua hari selepas anaknya disahkan hamil membongkar pelaku yang bertanggungjawab.
 
Menurutnya, pada 29 November, anaknya sekali lagi nyaris menjadi mangsa perbuatan warga emas tersebut, namun anaknya enggan dan memaklumkan apa yang berlaku kepadanya sebelum warga emas itu berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
 
“Saya tergerak hati untuk membawanya ke klinik dan menjalani pemeriksaan dan akhirnya dia disahkan hamil enam minggu.
 
“Daripada apa yang dimaklumkan anak saya, sudah banyak kali dia dirogol,” katanya pada sidang media bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), di menara PGRM, Cheras, di sini semalam.
 
Hadir sama, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam PGRM, Wilson Lau dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru.
 
Chia berkata, berdasarkan apa yang diceritakan anaknya kejadian rogol itu dilakukan di tangki air tingkat 18 di rumahnya di Taman Mutiara Fadason Jinjang Utara.
 
Katanya, terdapat juga jiran yang pernah melihat warga emas yang bekerja di tapak binaan berdekatan kawasan rumahnya itu membawa anaknya naik ke tingkat atas.
 
“Apabila saya beritahu anak saya yang dia kini hamil dan akan mempunyai bayi, dia hanya ketawa (kerana tidak mengerti apa-apa),” katanya.
 
Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan namun maklum akan hubungan baik lelaki itu terhadap anaknya.
 
“Anak saya mengalami deman panas ketika berusia empat tahun menyebabkannya terencat akal dan pada umur 18 tahun, dia mengalami kemalangan dan menyebabkan kecacatan kekal pada kaki kirinya,” katanya.
 
Pada masa sama Wilson berkata, mangsa rogol berkenaan kini ditempatkan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan sebarang tindakan susulan terhadap OKU berkenaan bergantung kepada nasihat doktor.
 
“Untuk kes ini, ibu mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa sukar untuk mangsa memperoleh keadilan walaupun boleh sabit kesalahan dengan kes rogol, namun disebabkan ia melibatkan mangsa OKU, sukar untuk memperoleh kemenangan di mahkamah,” katanya.
 
 
 
 

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH