Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 2 November 2015

Anggota Pentadbiran, ADUN Kelantan Terima Kenaikan Elaun




KOTA BAHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentang oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun ADUN sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri-negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.

"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.

Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun ADUN kepada RM11,000.

"Ini kerana kerajaan Persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Ahmad (PAS-Pasir Pekan) ketika menggulung perbahasan berkata pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang berhubung kenaikan elaun berkenaan.

Ahmad berkata bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri.

"Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan.

"Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan," katanya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan kesemua 45 ADUN. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010.

Persidangan Dewan Undangan Negeri disambung esok. -Mstar/2/11/15



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH