Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 1 November 2015

Perwakilan DAP: Pecat PAS atau DAP Keluar daripada Kerajaan Selangor




Seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.

Jika tidak, DAP perlu mengundurkan diri daripada kerajaan negeri itu, kata Pengerusi DAP Kajang Baru Chiong Yoke Kong.

"Kami perlu bagi tempoh masa (Menteri Besar) Azmin Ali untuk selesaikan krisis sekarang, memecat wakil atau agen PAS daripada Kerajaan Selangor.

"Saya seru memecat agen atau wakil di kerajaan Selangor. Senang saja PAS telah mengingkari dasar pakatan. Kita tidak bekerjasama dengan PAS lagi.

"Apa maknanya kerja dengan PAS lagi," katanya semasa perbahasan pada konvensyen DAP Selangor petang ini di Petaling Jaya.

Pergeseran antara PAS dan DAP berlarutan sejak beberapa bulan ekoran ketegasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu hudud.


Hai ini menyebabkan DAP memutuskan hubungan dengan beliau tetapi tidak kepada parti itu.

Hal demikian menyebabkan PAS memtuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu sekaligus mendorong pepecahan Pakatan Rakyat. Sementara kumpulan pemimpin PAS yang bersimpati dengan Pakatan disingkirkan dan menubuhkan AMANAH.

AMANAH pula dibentuk dan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP tanpa penyertaan PAS.

Perselisihan itu semakin melebar susulan keputusan cabar mencabar antara PAS dan DAP untuk saling bertembung di kerusi masing-masing. -Malaysia Kini/1/11/15

Berkaitan:

PKR S'gor Pertahan Wakil PAS dalam Kerajaan Negeri


PKR Selangor hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan wakil rakyat PAS dalam kerajaan negeri itu dan menegaskan ia tidak dibuat untuk kepentingan peribadi Menteri Besar Azmin Ali.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata keputusan mengekalkan tiga exco PAS selaras dengan resolusi Majlis Pimpinan Pusat bulan lalu yang menuntut hubungan kerjasama dengan semua parti politik termasuk mengukuhkan pembangkang di peringkat pusat dan negeri.

"Kerajaan Selangor perlu kekal dengan pendirian kerjasama politik secara holistik terhadap semua pihak yang mahu melihat sebuah pakatan politik yang stabil dan ampuh bagi berdepan dengan Umno dan BN dalam pilihan raya Umum ke-14.

"Pastinya, ia melibatkan ADUN PAS dalam membentuk 'kerjasama pentadbiran' di Selangor dengan sokongan semua ADUN," katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.

Pepecahan Pakatan Rakyat disebabkan pergeseran berpanjangan PAS dan DAP menyebabkan pembangkang menubuhkan Pakatan Harapan merangkumi PKR,DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), tanpa penyertaan PAS.

Bagaimanapun kerajaan Selangor pimpinan Azmin tidak menubuhkan Pakatan Harapan sepertimana penubuhannnya di Pulau Pinang.

Suhaimie turut menempelak anggota parti yang mendesak Azmin menggugurkan tiga exco PAS itu yang dianggap bertentangan dengan resolusi kepimpinan tertinggi parti dan akan menyiasat dan mengambil tindakan displin jika terdapat ahli yang menolak keputusan itu.

"Anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang telah diputuskan oleh MPP PKR.

"PKR Selangor menyokong penuh Kerajaan Negeri yang komited untuk memantapkan pentadbiran bersama rakan-rakan Pakatan Harapan dengan memperbesarkan ruang kerjasama pentadbiran termasuk terhadap Adun-Adun PAS di Selangor.

"Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor ini perlu di sokong kerana ia di yakini bagi menyediakan suasana kondusif demi perpaduan pergabungan politik yang lebih luas," katanya. -Malaysia Kini/1/11/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH