Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 13 November 2015

[VIDEO] Husam Dedah PAS Desak Tukar Khalid Ibrahim




Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.


PETALING JAYA: Datuk Husam Musa mendedahkan Pas bertanggungjawab mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar sebagai Menteri Besar Selangor untuk digantikan dengan pemimpin lain.

Bekas Naib Presiden Pas membuat pendedahan itu menerusi satu rakaman video ceramahnya yang diviralkan dan dikongsi di Facebook.

Beliau mendakwa, pemimpin Pas menghantar surat kepada PKR meminta supaya Khalid ditukarkan dengan alasan beliau tidak mendengar arahan parti.

Katanya, Pas bimbang jika Khalid terus kekal, perkara sama yang yang berlaku di Kedah akan berulang semula.

Husam bagaimanapun tidak menyebut siapakan pemimpin Pas yang membuat desakan supaya Khalid ditukar.

“Ini mustahak dari segi rekod supaya kita tidak fitnah sewenang-wenangnya kepada mereka (PKR dan DAP). Bukan kita nak membela mereka tetapi sebagai orang Islam, kita diseru berlaku adil kepada kawan dan lawan.

“Kita (Pas) tulis surat kepada PKR minta Khalid ditukar. Bukan kerana dia rasuah tetapi kerana dia tidak dengar pandangan-pandangan parti yang diberi melalu majlis (Majlis Presiden),” katanya.

Katanya, selepas beberapa kali Pas membuat desakan supaya Khalid ditukarkan, akhirnya PKR membawa perkara itu dalam Mesyuarat Biro Politik.

Katanya, ketika itu belum timbul siapa bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Husam menegaskan, Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.

“Nak rampas balik (Selangor) wallahualam, mungkin sepenggal, dua penggal, tiga penggal, empat penggal, lima penggal atau tak dapat balik, sampai kita mati,” katanya.

Beliau berkata, menukar Menteri Besar bukan menjadi kesalahan kerana jawatan itu bukan untuk dipegang sampai mati.

Pimpinan Pas sebeum ini menyalahkan PKR dan DAP kerana menukar Menteri Besar Selangor yang menjadi punca keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyalahkan DAP yang didakwa mengkhianati janji sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat. -FreeMalaysiaToday/13/11/15


VIDEO: PENDEDAHAN DATUK HUSAM TENTANG PAS MAHU TS KHALID IBRAHIM DITUKARKAN“Ini mustahak dari segi rekod supaya kita tidak fitnah sewenang-wenangnya kepada mereka (PKR dan DAP). Bukan kita nak membela mereka tetapi sebagai orang Islam, kita diseru berlaku adil kepada kawan dan lawan.“Kita (Pas) tulis surat kepada PKR minta Khalid ditukar. Bukan kerana dia rasuah tetapi kerana dia tidak dengar pandangan-pandangan parti yang diberi melalu majlis (Majlis Presiden).” P/s:  Ramai yang tengah menunggu tindakan saman terhadap Husam. Selasa bila nak saman?
Posted by DUNIACACAMARBA on Friday, November 13, 2015

Berkaitan:

[Video Penuh] Husam: Demo Tanya, Ambo Jawab

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....
Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH