Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Selasa, 30 September 2014

PAS Digesa Pulih Hubungan atau Keluar Pakatan Rakyat



[Malaysia Kini] Sekumpulan anak muda mencadangkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya parti itu gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam parti yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat berhubung isu menteri besar Selangor.


Koordinator Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Ekhsan Bukharee berkata pihaknya yakin kepercayaan masyarakat kepada PAS dapat dikembalikan jika parti itu mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang menggugat keutuhan Pakatan.

Memberi contoh kenyataan beberapa pemimpin PAS yang dianggap "merugikan" Pakatan Rakyat berhubung isu itu, Ekhsan turut menyarankan supaya PAS menggesa semua pemimpinnya berhenti mengeluarkan kenyataan memudaratkan hubungan dengan Pakatan.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan permuafakatan.

"LENSA khuatir sekiranya pertembungan dalaman Pakatan ini tidak diuruskan segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada Pakatan dan secara khusus kepada PAS.

"Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan seterusnya menyebabkan krisis mejadi semakin rumit," katanya.


Cadangan itu dinyatakan dalam surat mereka kepada PAS supaya pemimpin parti itu menghentikan tindakan mencetuskan ketegangan dengan Pakatan Rakyat.

Surat tersebut diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pas Pusat Mohamad Shahir Abu Hasan di Pejabat PAS, di ibu negara pagi ini.

Menurut Ekhsan lagi, berdasarkan maklum balas dan analisa dalam siri forum mengenai krisis Selangor juga menunjukkan pengundi bukan Islam kecewa dan mempertikaikan sikap PAS dalam kemelut itu.

Sehubungan itu, aktivis siswa itu mengesyorkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli atau pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat Pakatan.

"Hal ini bagi membuktikan ketelusan PAS bersama Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

"Sekiranya ini dapat dilaksanakan, pihak LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum dapat dikembalikan," katanya. -Anne Muhammad/30/9/14


, , ,

Isnin, 29 September 2014

[Video] Suspek Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Sampai Mati



[Bernama] BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. 



, ,

Saya tak tuduh Khalid rasuah, tapi tidak ada ketelusan - Anwar Ibrahim



[The Malaysian Insider] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan dakwaannya yang meragui ketelusan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluluskan beberapa projek pembangunan termasuk isu penstrukturan industri air dan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).

Anwar berkata, perjanjian yang dibuat secara tergesa-gesa terhadap dua projek itu tanpa mendengar penjelasan rakyat menimbulkan persoalan sama ada wujud kepentingan sesetengah pihak yang mengaut keuntungan.

"Berebut hendak luluskan kontrak air sebab apa? Siapa yang dapat?

"Saya hendak tahu siapa yang dapat kontrak? Berapa banyak keuntungan dan kalau keuntungan itu terlalu banyak kepada dua dan tiga orang-orang atasan yang memperolehi kekayaan, apakah kesan itu dirasai oleh rakyat Selangor yang mesti bayar kadar air yang tinggi selepas ini?" katanya kepada pemberita selepas program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Khalid dalam reaksinya terhadap dakwaan Anwar sebelum ini mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak perjanjian yang ditandatanganinya semasa beliau mentadbir negeri.

"Ini termasuk perjanjian air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hari ini," katanya.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadap Khalid itu seolah-olah ada unsur rasuah dalam perjanjian terbabit.

"Saya tidak tuduh rasuah, tetapi tidak ada ketelusan," katanya.

Bekas Penasihat Ekonomi Selangor yang dipecat semasa hari terakhir pentadbiran Khalid itu juga enggan mengaitkan dakwaannya yang bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran Khalid.

Sultan Sharafuddin dalam titahnya Jumaat minggu lalu turut menyifatkan Khalid sebagai 'mangsa' keadaan apabila PKR dan Pakatan Rakyat membuat 'Langkah Kajang' untuk menyingkirkannya sehingga menimbulkan krisis di negeri itu.

"Itu pandangan peribadi daripada Tuanku bahawa pentadbiran Khalid baik, saya hormat pandangan itu," katanya.

Katanya, beliau cuma mempersoalkan individu yang dianugerahkan kontrak daripada perjanjian, dan keputusan yang dibuat dalam masa singkat dan tertutup.

"Begitu juga dengan projek Lebuhraya Kidex, siapa yang dapat keuntungan penganugerahan tanah kepada Tan Sri Rashid Manaf juga perlu dijelaskan kenapa tidak ada tender.

"Ini soalan-soalannya yang perlu dikenalpasti. Saya tidak mahu diheret untuk berbicara dengan kontroversi kenyataan Sultan Selangor," katanya.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan kerajaan barunya perlu
mendedahkan perkara ini kepada umum supaya tidak dikaitkan dengan keputusan Khalid yang terdahulu.

Ditanya mengenai pengurangan kuota kerusi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS, Anwar berkata itu adalah keputusan Azmin sendiri.

"Ini adalah keputusan menteri besar selepas daripada perbincangan parti, kena bagi ruang kepada menteri besar untuk buat keputusan yang efisyen," katanya. – Jamilah Kamaruddin/29 September, 2014.


Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP


[FreeMalaysiaToday] Seremban: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut. 

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL. 

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu. 

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama. 

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan. 

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. 

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting. “Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. 

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya. 

DAP menentang ‘kapitalisme parti’ 

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci. 

“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa. 

“Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin. 

“Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini. 

“Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut “nihil spectari homine admirabilius”, yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan. 

“DAP menentang ‘kapitalisme parti’, mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti. 

“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam 

Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial. 

Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan. 

“Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang. 

“Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam. 

“Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati. 

“Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah. 

“Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. “Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia,” kata Melati. -FMT

,

[Video & Transkrip] Mengapa Ada Pihak Mahu Kekalkan Khalid Ibrahim?


[Al Husseyn] Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :


0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.


3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.

Berkaitan:





Ahad, 28 September 2014

PAS pada Pandangan Bukan Islam



PAS yang Saya Kenali 

[Harakah] Gelombang “Reformasi” meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA – satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai “penghalang”, yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, “Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat.” Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun – sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah “jentik” terhadap “non-muslim”. Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa “kita meraih perbezaan pandangan”, “mendengar luahan dari hati pemimpin” dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai “padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang”.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi “penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor” di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS – kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. – Lim Hong Siang/Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat





18 Coli Didakwa Milik PUNTIANAK


Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu. 

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan. 

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.


Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak. 

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama. 

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko. 

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba. 

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya. 

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu. 

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17. 

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,” kata Eko. - 28/9/14/JPNN


[Gambar] Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api


[TerengganuTimes] Alor Setar – Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini.

Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya.

Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya. -28/9/14



Berkaitan:

Ibu, Janin Berkecai

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.

Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.

“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar.

Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya.

“Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama.

“Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini,” katanya.

Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah.

“Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu.

“Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang.

“Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya. - Ahmad Saufi Mansor/28/9/14



,

PKR Kecewa Kenaikan Tarif Air di Johor



[Malaysia Kini] PKR Johor kecewa dengan kenaikan tarif air di negeri Johor bermula pada tahun depan yang turut menyaksikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April 2015.

ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasir menggesa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasni Mohammad menjelaskan kenaikan itu atas alasan menjaga kepentingan Syarikat Air Johor (SAJ).

Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa Hasni mengumumkan kenaikan itu ekoran kenaikan kos merawat air akibat kenaikan elektrik dan meningkatnya pencemaran air.

"Adakah benar kerajaan Johor meletakkan kepentingan SAJ yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat swasta sebagai perkara utama tanpa mengambil kira nasib rakyat Johor juga berdepan dengan peningkatan kos sara hidup?

"Adakah kerajaan negeri tidak peka bahawa rakyat Johor akan turut berdepan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST yang akan bermula pada April 2015?" kenyataan bersama mereka dipetik.

Dalam kenyataan sama mereka turut mempersoalkan alasan tarif air Johor yang merupakan yang tertinggi dalam negara terus dinaikkan ketika ia baru sahaja dinaikkan pada 2011.

Mereka juga mempertikaikan dasar air percuma di Johor yang didakwa hanya dinikmati sebahagian kecil pengguna sahaja.

"Mengikut jawapan di sidang DUN tahun 2013, hanya 791 keluarga menerima manfaat skim ini sedangkan terdapat lebih kurang 1.5 juta akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ," kata mereka lagi. -27/9/14


P/s: Masa PRU13, bukan main hebat promosi air percuma di Johor, rupa2nya hanya 791 keluarga yang terima manfaat walaupun ada lebih 1.5 akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ.

Nasiblah orang Johor yang masih memilih Amno.

Sebelum ii juga Kerajaan P. Pinang bercadang untuk menaikan tarif air. Tindakan ini dijaja satu Malaysia dan laporan dibuat seolah-olah kerajaan negeri bertindak zalim dan membebankan rakyat.

Mari kita lihat carta tarif air mengikut negeri pada tahun 2012:


Berdasarkan carta di atas, walaupun kerajaan P. Pinang menaikkan tarif harga 100%, harga air di sana masih lagi antara yang terendah di Malaysia. Bayangkan jika Johor menaikkan tarif air? Hidup Melayu!

Kemas Kini:
Kerajaan Johor menafikan desas-desus kenaikan tarif air di sini.

Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB


Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama Adun Morib, Hasnul Baharudin dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. - Foto Sinar Harian Online

[Sinar Harian] PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib. - 27/9/14/FATHIN ATHIRAH HASLI


P/s: Fakta ini cuba dibelitkan oleh macai UG.  Mereka masih mempertahankan tindakan Presideng dan 4 Exco menyokong Tan Sri Khalid yang sudah dipecat oleh PKR. Bagi mereka 4 Excotersebut merupakan wira sebenar yang mengelakkan "Kerajaan PR" daripada tumbang. Walhal yang dipertahankan oleh mereka ialah Kerajaan PUKI (PAS + UMNO + Khalid Ibrahim). Sedangkan pada masa itu, TSKI telah memecat hampir kesemua ADUN DAP dan PKR. YB Roziah kemudian mengambil tindakan meletakkan jawatan untuk menyatakan solidariti dan sokongan kepada PR.

Malah, PR sendiri melalui calon pilihan mereka sudah memperoleh sokongan 30 ADUN dan jika mengikut kes Perak, peralihan kuasa sepatutnya berjalan dengan lancar. Namun, penolakan geng pak lebai terhadap calon PR menyebabkan krisis ini berlanjutan.  

Kenyataan "Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB" menunjukkan sikap kumpulan Presideng dalam isu MB ini.


, ,

Jumaat, 26 September 2014

Mimpi Ngeri Remaja 13 Tahun, Diliwat Rakan Sendiri

Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.

Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.

Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. -26/9/14


BN Kekal di Pengkalan Kubor, Majoriti Bertambah


[Malaysia Kini] Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan rasmi, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.


Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.


Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu,Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini. 

Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -25/9/14


P/s: Tahniah Pas kerana mengambil kerusi Dun Pengkalan Kubor daripada PKR.
Admin teringat kata2 pemimpin Pas ketika mendesak PKR menyerahkan kerusi ini. Kata mereka, pengundi mahu selera baharu, PKR tiada jentera, sudah diberi 2 peluang tetapi kalah, dan sebagainya.

Kali ini BN menang dengan 2,625 majoriti undi. BN dilaporkan mendapat 9,960 undi manakala PAS pula 7,335 undi. BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi. Maknanya Pas kalah dengan penambahan majoriti hampir 1000 undi. Jumlah ini amat memalukan PAS kerana tewas lebih teruk daripada PKR dalam PRU13.

Harus diingat bahawa kawasan ini majoritinya Melayu, iaitu melebihi 90 peratus dan Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak 20 tahun lalu. Adakah ini petanda PAS akan kehilangan negeri itu pada PRU14? Sesuatu perlu dilakukan terutamanya berkaitan dengan puak UG yang kini dilihat menguasai PAS.

PKR tidak wajar berasa rendah diri kerana kekalahan sebelum ini bukanlah disebabkan parti anda bertanding atau kerana alasan-alasan yg dikemukakan.

Seperti yg admin sebut sebelum ini, moga kekalahan ini meredakan angkuh dan tamak geng pak lebai. Muhasabah dan cermin diri sebelum memperkatakan kemampuan dan kebolehan orang lain.




,

Exco Selangor: Kuota Exco PAS Dikurangkan kepada 3, 2 Exco Lama Digugurkan


[Malaysia Kini] Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkanpagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali. 26/9/14


P/s: Harap geng "kami tak pelahap jawatang" berbesar hati, berlapang dada, muhasabah diri, cermin diri.

Harap Azmin juga melihat elemen kronisme dalam GLC Selangor tanpa memilih bulu.

,

Khamis, 25 September 2014

[Video] Wanita Dakwa Dirogol Polis, Pegawai JPAM, Anggota Rela

Sekadar hiasan

[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang konstabel polis, seorang pegawai di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan seorang anggota Rela ditahan di bandar Sandakan selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh ketiga-tiga individu terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan pada Khamis.

Katanya, wanita berusia 21 tahun itu mempunyai laporan polis mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Sandakan pada 24 September.

Wanita tersebut mendakwa, dua hari lalu, tiga lelaki menahannya kerana dia gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.

Salehudin berkata, dalam laporan tersebut wanita tersebut mendakwa ketiga-tiga lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka.

Jelasnya, polis masih melakukan siasatan mengenai dakwaan itu. -25/9/14


P/s: Tonton video






[Gambar] Derita Budak Ular




Sumber foto di sini.
[Harian Metro] Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular.

Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa.

Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit.

Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.

“Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala,” katanya.

Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean.

Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya.

Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak.

“Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.

“Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan,” katanya.

Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu.

“Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya.

“Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain,” katanya.

Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - 25/9/14



,

Kerana Cinta, Budak 15 Tahun Minum Racun Rumpai

MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.

Penangan Cinta

[Harian Metro] Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 

Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. 

“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.

“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Arifin Salleh dan Jaafar Mulup/25/9/14


,

Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhi Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan


[Mstar] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.

Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.

Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.

Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.

Hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.

Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini.

Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.

Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu. -STEPHANIE LEE/25/9/14


,

Selepas Khianat dan Tidak Sokong PR dalam Krisis MB, PAS Bertegas Mahu 4 Exco di Selangor


PAS Bertegas Mahu 4 Exco di S'gor

[Malaysia Kini] PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empatorang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau. - 24/9/14


Ps/: Rakyat tahu semasa krisis MB di Selangor, kesemua Adun PAS kecuali Saari dan Hasnul menyokong Kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim (PUKI). Rakyat juga tahu semua Adun PKR dan DAP menyokong Kerajaan PR dan calon MB PR. Sekarang ramai yang tahu bahawa nama Azmin tiada dalam senarai akhir calon MB pak lebai.

Nama Azmin dan WAWI hanya dicadangkan dalam mesyuarat AJK Pusat saja sebelum divetokan oleh kata pemutus pak lebai. Pelantikan Azmin ini budi bicara sultan.

Patutlah marah benar orang kuat Azmin, MP Ampang.

Yang hairan, waktu pemilihan dan pelantikan exco geng "kami tak pelahap jawatang" marah benar dengan cadangan MP Ampang yang secara peribadi mahu geng pak lebai diberi kerusi sagu hati saja atas alasan tidak menyokong calon MB PKR dan tiada semangat setiakawang.

Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada Azmin dan pimpinan PR di Selangor. Langkah Kajang yang admin sendiri kritik sejak awal mendedahkan macam-macam.


, ,

Rabu, 24 September 2014

Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan




[The Malaysian Insider] Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.

"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.

Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100 bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.

"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.

PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – The Malaysian Insider, 24 September, 2014.


P/s: Mari kita bercuti 3 bulan dan lihat apa yang akan berlaku.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH