"The Great Escape"
| Gambar-gambar ini tersebar di internet sejak setahun lalu. |
Pemandu lori ini terselamat apabila lorinya yang tergantung pada ketinggian 200 kaki di sebuah jambatan kerana sebiji tayarnya yang pancit.
Menurut sumber internet, kejadian yang berlaku kira-kira setahun lalu dipercayai berlaku di China, namun tidak dinyatakan lokasi kejadian. Lori ini dipercayai terbabas sebelum "entah bagaimana melompat" dan tersangkut pada besi konkrit dinding jambatan. Namun, lori itu tidak mungkin tersangkut jika tidak kerana sebiji daripada tayar lori itu pancit.
Kemalangan ini dianggap oleh pengguna internet sebagai "The Great Escape" kerana nyawa pemandu itu sudah tentu melayang jika lori tersebut terbabas ke dalam gaung setinggi 200 kaki.
Anggota penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menarik keluar pemandu. Tidak dinyatakan sama ada lori itu berjaya dialihkan atau dibiarkan jatuh ke dalam gaung./www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.