...asalkan hutang dapat dikurangkan atau dilangsaikan.
Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.
Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.
Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.
'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.
Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.
'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.
Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan.
P/s: Gila! Industri ah long keparat ini sebenarnya boleh ditanagani oleh pihak berkuasa kerana bukan sukar untuk menangkap mereka berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada iklan yang ditampal dengan wewenang di sekitar kota. Sebelum ini, ada jurublog yang mendakwa kegiatan ini dilindungi oleh pihak tertentu terutamanya pihak yang memegang kuasa.
Hari ini lintah darat keparat ini semakin bermaharaja lela. Selain peminjam, salah siapa?
hello broo..
jgn ingat mudah nak selesaikan isu ini..camna nak selesai kalau yang edar duit tu jerung2 dan nak selesaikan kes ni setakat ikan kembung...
sebab tu saya selalu kata masih ramai melayu yang bodoh tak sedar diri.tak reti nak pilih calon dan mengundi..bodoh sampai tahap gaban.sebab tu lah mana ada masalah boleh selesai kat malaysia ni.selesai sementara ada la..
JANGAN JADI RAKYAT BODOH YANG TAKTAU PILIH CALON DAN TAKTAU NAK MENGUNDI..kalau setakat main pangkah jee tak perlulah umur 21,cukup budak tadika pun tau pangkah....bodoh tahap gabannn..
Suami kekadang tak tau apa si bini tu yg memandai nk hidup mewah nk berniaga konon akhirnya melacur la dgn along tuuuuu