Amaran/Ingatan untuk Kaum Hawa: Serah RM200 Elak Diperkosa Pemandu Teksi.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bimbang diperkosa, seorang wanita berusia awal 20-an menyerahkan wang tunai lebih RM200 dan telefon bimbit miliknya kepada seorang pemandu teksi selepas lelaki terbabit mengugut mahu merogolnya, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di Bukit Bintang, di sini, pemandu teksi berusia lewat 30-an itu mendakwa mahu merogol mangsa kerana tertarik dengan kecantikannya.
Menurut sumber, mangsa yang baru pulang dari bekerja diugut suspek sebaik memasuki teksinya.“Mangsa yang bersendirian dan panik dengan ugutan itu merayu berulang kali supaya tidak diperlakukan demikian.
“Pada mulanya suspek tidak mengendahkan rayuan itu sebaliknya berkeras untuk membawa mangsa ke tempat sunyi dan merogolnya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mengugut membunuh diri dalam teksi berkenaan membuatkan suspek terdiam seketika.
“Suspek meminta mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga kepadanya.
“Mangsa yang akur dengan arahan suspek dibenarkan keluar daripada teksi berkenaan sebelum suspek melarikan diri,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
P/s: Baru-baru ini berlaku juga kes yang sama, namun penumpang teksi durjana itu terselamat selepas dia menjerit untuk menarik perhatian orang ramai, manakala dalam satu kes lain penumpang itu terselamat kerana pada waktu kejadian dia sedang datang bulan. Hati-hati kaum Hawa!www.duniacacamarba.blogspot.com





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.