AKHIRNYA...Terjemahan "God" Sebagai "Allah" Dibenarkan
[MALAYSIA KINI] Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.
Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.
Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.
Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.
Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.
Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana....
Berkaitan:
* Demi Undi
Kemas Kini 18/1:
* 'Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Berkaitan:
* NAZRI SILAP! JANJI PALSU UMNO/BE END
Patut ajar seluruh Melayu Semenanjung apa dia Allah tu.
Comment by Aa @ Jumaat, Januari 15, 2010 7:04:00 PTG