Hanya SARJAN yang Terlibat Curi Enjin Jet? Hebat SARJAN Itu!
Selesai membaca berita di bawah ini, saya pasti ramai yang berpendapat bahawa orang kena tuduh dalam kes ini, iaitu seorang sarjan TUDM, sungguh hebat. Hebat sebab dapat mencuri dua buah enjin jet milik kerajaan Malaysia SEKALI dengan dokumen SULIT berkaitan dengan enjin tersebut tanpa "bantuan" orang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
Kisah "kejayaan" separuh jalan si pengkhianat (jika bersalah) ini mungkin menarik jika dapat difilemkan seperti kisah-kisah benar tentang curi dan rompak yang pernah difilemkan oleh Hollywood selama ini. Turut didakwa dalam kes ini ialah seorang pengarah syarikat pembekalan.
Jika sarjan boleh mencuri enjin jet, bayangkan pula orang yang berpangkat lebih tinggi?
Baca berita ini:
[MK] Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah selesai menjalankan siasatannya mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan mendapati tiada pembabitan pegawai peringkat tertinggi.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan jawatankuasa itu mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.
Bagaimanapun, katanya, PAC mendapati ia merupakan satu kecurian yang terancang dan dilakukan dengan rapi.
Azmi juga menolak dakwaan dalam media bahawa kos enjin tersebut melebihi RM50 juta.
Sebaliknya, kata beliau, kadar pertukaran wang sekarang menunjukkan kos kedua-dua enjin tersebut ialah RM400,000 tiap satu.
Dua orang tu macam kambing hitam jer??
Comment by Edyes @ Selasa, Januari 26, 2010 7:32:00 PTGHitam dah memang hitam dah....
Hilang hilang aje lah
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Ogos 02, 2012 2:48:00 PTGHilang lagi
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Ogos 02, 2012 2:49:00 PTGIya daa
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Ogos 02, 2012 2:50:00 PTG