Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 8 April 2011

Mufti Perlis Tegaskan Video, Klip Tidak Boleh Dijadikan Bukti Syariah, Sanggah Zainol Rijal (PPMM)


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh “Datuk T” yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Sehubungan itu kata beliau, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainol Rijal Abu Bakar kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

“Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi “hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku.”

“Ia umpama cincin masuk jari,” kata Juanda merujuk kepada keperluan dan syarat membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah.

Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”

“Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,” katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.”

Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan “keraguan” yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi.

“Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan,” kata beliau lagi.

Katanya, kemungkinan rakaman video seks dan klip boleh digunakan di mahkamah konvensional tetapi bukan di mahkamah syariah.

Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru.

“Saya tidak sangka buruk dengan PPMM, tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat,” katanya lagi.

Dalam satu laporan akhbar tempatan, Zainol dipetik berkata, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol berkata, ia dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

Justeru kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zulfakar Ramlee juga dipetik berkata rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta’zir.

Katanya, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina.

Menurut Zulfakar, hukum ta’zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah munasabah, berbeza dengan hukum hudud.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH