[PANAS] Raja Petra U-TURN? Pendedahan Eksklusifnya di TV3, Baca Transkripnya di Sini.
Transkrip yang memerihalkan tentang akuan bersumpahnya berkaitan dengan pembunuhan Altantuya disalin dari laman TV3:
[TV3] Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.
Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.
Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."
Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.
"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"
Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.
"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.


ESOK...RPK dibenarkan balik ke Malaysia.Malamnya...RPK dibebaskan dari semua tuduhan yang dikenakan sebelum ini.
LUSA RPK akan menyertai kempen di PRN Sarawak bersama Ezam , Umi Hafilda , Zul Kulim.
Jangan risau brader! TV 3 suka terkena pancing RPK.
Hebat RPK... kita tunggu apa kesudahan nya. UMNO makan ke tidak umpan RPK... hahahahahahhaha
Strategi of Deception! Lihat siap yang kena! Bik mama or Mat Monggol?
Terus terang saya katakan saya berbaik sangkan dengan tindakan RPK.
Marilah kita lihat dari sudut positif. Saya setuju bila RPK mendedahkan nama-nama sumber infonya.
Kalau Najib dan Rosmah benar penama tadi pastinya akan ditangkap polis dan didakwa. Kita tunggu dan lihat,
Remember ' POLITIC ' is a ' GAME '.
Harap2 para blogger berwaspada mengikuti perkembangan. Mana tahu ada orang hilang!
Mungkin juga wawancara ini untuk mengalih pandangan Rakyat Sarawak yang telah menampakan belang tidak menyebelahi BN. Berita ini mungkin
mengendurkan sedikit ketegangan dan
memberi RUANG PERNAFASAN kepada Najib, Taik dan BN untuk mengatur sstrategi akhir.
Buat masa ini kalau Najib dan Rosmah benar tidak terlibat mereka mesti lakukan sesuatu kepada penama2 tersebut mengikut lunas2
perundangan secara segera. Panggil semua ke mahkamah nanti akan jumpa pula new founding.
rpk...anda tidak kenal lagi dia....trik yang menarik dan akan menggemparkan...
tak per...walau apa pon tindakan RPK....biar Allah yang berikan pembalasan di akhirat kelak...jika dia dipihak yang betul....dia dipelihara Allah..jika sebaliknya....dia akan mendapat balsan...