
Malaysia Kini melaporkan pihak berkuasa memperhebatkan tekanan terhadap kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur termasuklah sehelai kain rentang yang memberikan amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.
“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.
Latihan itu kononnya bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk
Utusan Malaysia.
P/s: Gila!
antor gambor ni kat agong. tentera bawah agong bukan bawah butir umno. tapi kalau tentera pun ikut sama perangai gaya polis, horeyyyyyyy kita akan duduk di bawah rejim yg paling zalim selepas era nazi dan polpot. Ingat kami takut?. Secanggih mana pun perancangan korang, korang takan lupa, SIAPA YG SEBAIK_BAIK PERANCANG. Senjata rakyat, DOA!