Apa Persoalan Pokoknya?
Seboleh-bolehnya saya malas hendak menokok tambah cerita tentang Timbalan Presiden PAS sedang bersantai dengan menteri UMNO diterjah oleh Zainulfaqar yang kemudiannya cerita itu diolah dan disiarkan semula di dalam blognya. Hasilnya, cerita itu menjadi "hot" pada hari ini. Banyak blog popular dan hebat menyiarkan artikel itu secara salin dan tampal. Kalau belum membacanya, artikel tentang terjah itu boleh anda baca di sini.
Selang beberapa ketika, sebuah blog, iaitu Ali Zaidan (geng Batu Api) yang kebanyakan tulisan di blognya "menyerang" tulisan Tulang Besi & Geng (termasuklah si Zainulfaqar) menjawab tulisan Zainulfaqar dengan menyentuh tentang adab, fiqh muazanah, etika kewartawanan, dan sebagainya. Tulisan dengan nada emosi itu boleh anda baca di sini.
Saya tidak mahu sentuh gaya penulisan si Zainulfaqar. Saya juga tidak mahu komen tulisan Ali Zaidan. Yang ingin saya sentuh ialah: Apa persoalan pokok tulisan Zainulfaqar?
Persoalan pokoknya ialah: Mengapa Timbalan Presiden PAS bersantai dengan menteri UMNO di luar Dewan, sedangkan rakan-rakan (termasuk bukan Islam) yang lain bermati-matian berjuang menentang hujah orang yang membenarkan pengaruh Yahudi dalam pentadbiran negara?Tidak bolehkah dia menahan lapar seketika demi berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Perlukah ilmu yang tinggi untuk berbahas tentang Yahudi dan UMNO? Dia bukan MP biasa, dia Timbalan Presiden PAS.
Opss, cakap lebih-lebih nanti kena "tembak"!
Biasa la....
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, April 01, 2010 6:36:00 PTGSebenarnya Utz. Nasa tu tengah sakit perut.....tunggu masa nak melepas aje tu sebenarnya.
Hampa ni pun....buat tak paham pulak.
Perut tengah meragam....si Zulfakar tu pi tanya pasai apa? Kacau daun ja si zul ni. Timing tak betoi tu bila nak bertanya.