Baling Botol Arak & Telur ke Surau Flora Damansara: Provokasi @ Kurang Ajar?
Provokasi atau kurang ajar? Saya petik:
Baling Botol Arak
[HM] DAMANSARA: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di sebuah blok Pangsapuri Kos Sederhana Flora Damansara di sini amat dikesali apabila sanggup melontarkan botol arak ke arah surau di bawah, dipercayai kerana tidak tahan laungan azan.
Bukan itu saja, penduduk yang pulang setelah solat Maghrib juga tiga kali dibaling telur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Botol arak serta telur dipercayai dibaling penduduk yang terganggu laungan azan serta tasbih selawat yang dilaung melalui pembesar suara 10 minit sebelum setiap azan Ahli Jawatankuasa surau itu, Mahdi Adenan, 48, mendakwa, ketika kejadian baling botol itu tiada jemaah cedera kerana pada waktu itu tiada orang di surau berkenaan.
“Ia disedari seorang jemaah kira-kira jam 1.15 tengah hari 21 April lalu ketika dia datang bagi menunaikan solat Zuhur, dia terkejut melihat serpihan kaca bersepah di lantai surau berkenaan sebelum melihat bumbung surau berkenaan berlubang.
“Botol dibaling itu agak besar setelah melihat kaca bertaburan terlalu banyak dan dipercayai penduduk berkenaan hanya membaling satu botol.
Mahdi berkata, kesan dari balingan botol arak itu, bumbung surau berkenaan bocor dan menyebabkan lantai surau basah selepas hujan.
Katanya, dalam kejadian 27 Februari lalu, jemaah di sini terkejut setelah dilontar telur dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.
“Selepas solat Maghrib, jemaah meninggalkan surau dan seorang jemaah dikenali dengan panggilan Din terkejut kepalanya terkena telur dilontar dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.
“Semua jemaah cuba mengelak dua lagi telur dilontar tetapi tidak dapat melihat dari tingkat mana telur itu dilontar, ia kejadian ketiga berlaku di surau ini dan kami bimbang nyawa kami terancam,” katanya.
Sehubungan dengan kejadian itu, pihak jawatankuasa surau mengadakan satu mesyuarat dan bersetuju menyerahkan kes berkenaan kepada polis.
Kata Mahdi, dia tahu siapa dalang di sebalik kejadian berkenaan tetapi tidak mahu bertindak melulu kerana masih banyak bukti diperlukan bagi menangkap dalang berkenaan.
Sebanyak dua laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut perkara berkenaan kerana ia berkaitan keselamatan jemaah dan penduduk di kawasan sekitar.
Siasat segera. Perkara sensitif seperti ini lazimnya akan mencetuskan implikasi yang buruk jika tidak ditangani segera oleh pihak berkuasa. Pastikan sama ada tingkah laku musnah itu bersifat provokasi pihak tertentu atau sememangnya perbuatan kurang ajar segelintir penduduk si situ.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.