Kalau Sudah Berstatus "Pencacai", Semua Betul & Halal, Walaupun Menzalimi Saudara Seagama!
Kadang-kadang hendak tergelak pun ada apabila membaca blog "pencacai" UMNO. Apabila pemimpin mereka diserang ada-ada sahaja alasan tidak masuk akal, dangkal, dihujah oleh mereka di blog masing-masing. Ada yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi dan bonekanya untuk menzalimi umat Islam yang lain.
Ketika 1Malaysia heboh fasal “perselingkuhan” UMNO-APCO mereka berhujah bahawa Anwar pun bekerjasama dengan Yahudi melalui pertubuhan dan NGO. Yang mereka risau ialah Yahudi di seberang laut. Yahudi yang ada di dalam pejabat PM dan PDRM mereka tidak risau? Sedangkan Yahudi inilah berpeluang “menyelongkar” rahsia negara.
Ketika 1Malaysia tekun menyaksikan “pertelingkahan” UMNO dengan MIC berebut kerusi Parlimen Hulu Selangor, pencacai-pencacai ini mengutuk MIC. Akhirnya, mereka terkedu apabila PM 1Malaysia mengesahkan MIC berhak meletakkan calon di situ walaupun majoriti pengundi di kawasan tersebut ialah orang Melayu. Ada yang kecewa dan meletakkan gambar Najid secara terbalik di blog masing-masing. Ada yang kata Najib bodoh. Ada pula yang menawar diri untuk menjadi calon bebas. Sekejap sahaja marah sebelum insaf dan memuji orang yang mereka maki sebelum itu. Mereka kemudiannya mencari justifikasi untuk menyokong tindakan Najib. Ada yang kata calon MIC di situ ialah anak didik UMNO (boneka). Yang hendak menawarkan diri untuk menjadi calon bebas senyap sunyi dan sanggup menjadi bacul terhadap kata-kata yang dilemparkan sebelum ini. Apabila nama Kamalnathan dicalonkan, apakah respon mereka? Adakah Ketua Penerangan MIC ini juga "anak didik" UMNO?
Hari ini PM1 Malaysia diberitakan bersekutu dengan AS untuk menyekat pembekalan minyak kepada Iran. Adakah kerana terlalu teruja dapat berjabat dan berbual dengan Obama, PM 1Malaysia sanggup menjadi boneka dan hamba Yahudi-Zionis untuk menekan negara Iran? Pernahkah PM 1Malaysia ini terfikir, jika AS dan Israel Laknatullah itu boleh memiliki senjata nuklear, loji nuklear, mengapakah negara Islam Iran tidak dibenarkan berbuat demikian?
Kali ini apa pula justifikasi mereka (pencacai) untuk menyokong tindakan PM 1Malaysia. Ada satu blog mengucapkan tahniah kepada PM 1Malaysia kerana memerangi Syiah Iran. Mereka menyokong AS yang menjadi boneka Yahudi memerangi Iran hanya kerana negara itu berfahaman Syiah. Kata empunya blog, syiah Iran itu sesat dan sebagainya. Saya tidak mahu menyentuh tentang pegangan mazhab penduduk di negara itu. Lanjut sila baca di sini.
Cuba kita fikir kembali, dalam banyak-banyak negara yang bermazhab Sunnah, negara manakah yang digeruni dan ditakuti oleh Israel selepas jatuhnya negara Iraq? Jangan cakap Malaysia kerana Yahudi-Zionis sudah bertapak di dalam Pejabat PM. Mesir dan Jordon sudah jadi sekutu Israel. Negara manakah yang mempertahankan negara Palestine yang saban hari dizalimi oleh Israel selepas jatuhnya Iraq? Negara Islam manakah yang menjadi ancaman terbesar kepada Israel? Jangan buat-buat lupa dan tidak tahu. 1dunia sedar bahawa Iran ialah ancaman kepada kerakusan Israel di Timur Tengah selepas jatuhnya kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussien.
Adakah pencacai UMNO ini mahu menafikan hak Iran untuk membina lojinya? Adakah pencacai ini menyokong AS dan Israel memiliki senjata nuklear sedangkan menafikan negara Islam berbuat demikian? Adakah pencacai bersetuju untuk menzalimi rakyat Iran yang seagama tetapi berlainan mazhad hanya kerana menjustifikasi tindakan PM 1Malaysia yang seolah-olah kemaruk hendak menjadi boneka dan hamba Yahudi-Zionis?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.